08 August 2014

Riang Ria Raya di sekolah

Setelah tibanya Syawal , inilah masa yang ditunggu-tunggu  oleh murid-murid . guru-guru pun sama teruja menanti sambutan Aidil fitri di sekolah.

Semua berpakaian baru hari raya, dari tudung hingga ke sepatu baru ke sekolah. Budak-budak sekarang tudung pun cantik-cantik mengikut fesyen semasa.

Banyaknya makanan disediakan sehingga tak sempat nak merasa semua sebab perut dah penuh sangat walau pun ambil serba sedikit saja.

Dari lemang dan rendang , sate dan nasi impit serba kuah lontongnya, cendol yang marveles, laksa dan bihun, buah-buahan manggis , rambutan dan pulasan .....semua ada. Itu tak masuk pencuci mulut , ais krim dan kuih -muih. Memang tak larat nak merasa semua sekali.



Meh layan gambar.


Backdrop  disediakan  oleh Ustazah Ain.


Potong-potong



Bihun dan laksa.
Memang tak habis , bungkus untuk murid-murid bawa balik.



Laksa.



Kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.




Kaunter sate by Cikgu Nisah.


Makan time.


Pop Yeh Yeh


Rambutan , manggis dan pulasan.


Meja cendol -santan, gula merah , gula merah, cincau .


Cendol .
Tahun lepas ABC tahun ni cendol pula.





Kaunter cendol.


Saya nak makan.


Persembahan murid menyanyikan  lagu raya


Warga SK RTBK .


Berbahagialah kita yang hidup aman damai di bumi tercinta . Mewah rezeki segala. Alhamdullillah.
Namun kita tak lupa kepada saudara seagama   jauh di sana.








4 comments:

  1. Seronoknya tengok gambar ni neida..meriah..zaman acik sediakan makanan untuk anak bawak kesekolah dah berlalu..

    ReplyDelete
  2. Banyaknya makanan tp kak zai teruja tengok buah2an tu...hantu buah hehe...

    Kak zai pun macam Erna dah tak ada anak ke sekolah dah.

    ReplyDelete
  3. Kak nieda cikgu sekolah rupanya. Jm dulu waktu sekolah rendah berangan bila besar nanti nk jadi cikgu tp impian x tercapai. Bila buat jamuan raya mmg seronok dgn karenah budak2 nya buat portluck bwk sorang sikit byk jadinya

    ReplyDelete