10 August 2014

Masjid Attaawun, Puncak.

Boleh sambung cerita berlibur di Indonesia lagi ?
Cerita bulan Jun lepas , tak habis-habis lagi.

Walau pun , dah sampai dulu tapi  setiap kali ceritanya berbeza dan auranya tetap tak sama.
Jadi sebagai kenang-kenangan maka perlulah diabadikan di sini sekali lagi.

Kalau anda ke Bandung dan ingin  Taman Safari Bogor , eloklah anda bermalam di Puncak. Selain menjimatkan masa , anda akan dapat merasai nkmatnya bermalam dalam hawa sejuk yang mengasyikkan. Tu dia aihh ayat!  Percutian terdahulu kami bermalam di Suria Indah Hotel. Tak payah pasang kipas , sejuk mak aii....

Namun kali ini kami tak bermalam di Puncak , perjalanan kami terus dari Kota Bandung. Ada kerugian di situ. Perjalanan sangat sesak , jem teruk maka bila kami tiba di Taman Safari dah petang sangat. 

Sebelum tiba di Safari kami bersolat zuhur dan jamak sekali di masjid Attaawun. Sekeliling masjid berkabus. Nak ambil air sembahyang pun airnya sejuk macam air ais.

Masjid ini istimewaan selain dikelilingi dengan pemandangan yang cantik,  cara nak masuk ke dalam masjid lain sikit caranya. Pengunjung perlu meletakkan sepatu di tempat yang disediakan dan bila nak balik nanti kita bolehlah bersedekah seikhlas hati kepada orang yang menjaga kasut tersebut. Bila kita simpan kasut di situ kita akan diberi nombor macam selalu kita simpan barang di pasar raya tu....

Wang tersebut pun akan digunakan untuk masjid juga.  Selepas itu kita kena melalui laluan berair seperti dalam gambar. Secara tak langsung kaki kita pun dah bersihkan.

Kalau anda lalu di sini  dari Bandung ke Puncak   wajib singgah dan alami kelainannya.Mesti tak rugi.



Tangga utama ke ruang solat.
Lalu dalam air sebelum pijak tangga untuk masuk ke masjid.

Tengok....budak ni dah main air. 
Seluar dah basah .
Airnya dari sungai kecil di sebelah masjid.

Close up.


Sungai ori atau buatan tak pasti  tapi mengasyikkan sekali melihat pemandangan 
sebegini.



Berkabus walaupun dah masuk zuhur pada waktu ini.

Di dalam masjid juga ada kedai kecil untuk pengunjung membeli ubat-ubatan, berus gigi , dan barang keperluan yang lain.


Sebelah belakang ada ramai orang sebenarnya. 
Macam bukan masjid pula.  Ada yang duduk-duduk, ada yang bergambar , seperti tempat berwisata bukan macam tempat beribadat pula ....macam-macamlah.

Klik cerita lama Masjid Altaawun Jun 2011 .
dan cerita lama Indonesia 2010.
Bermalam di Suria Indah KLIK DI SINI









8 comments:

  1. cantik pemandangan nya ye..sejuk je menarik kt tangga tu ada air ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya , ada air.
      masjid yg menarik dgn pemandangan yg menarik...sejuk mata memandang .

      Delete
  2. Ruginya masa kak zai pergi safari Bogor tak singgah kat madjid ini. Nampak cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kak zai , mata terkesima sekejap lagi pun cuaca sejuk . mmg lain dr yg lain rasanya

      Delete
  3. Masjid kat puncak ni sama spt di bogor jgklah sbb ada kawasan dan ruang utk remaja berpacaran d luar masjid. Jm dpt info dari blog mas gunadi. Lain benar masjid d sana kan

    ReplyDelete
  4. jgn2 masjid yg sama tak? sebab masjid ni pun dekat dengan Bogor

    ReplyDelete
  5. memang best kalau jenjalan dapat singgah masjid depa.. macam2 rupa bentuk dapat dilihat..

    ReplyDelete
  6. cantiknya .... masjid pun aka jadi tumpuan kalau cantik dan bersih ....

    ReplyDelete