15 August 2014

TAMAN SAFARI BOGOR, INDONESIA.



Sambung lagi kisah di Indonesia bagi menamatkan percutian dengan memori  indah untuk dikenang nanti.

Taman safari Bogor ini salah satu tempat yang menarik untuk dilawati jika kita ke Bandung. Jangan lepaskan peluang.Hidupan yang dilepas bebas di jalanan menjadikan satu tarikan kepada pelawat. 

Sepanjang jalan untuk ke Taman Safari terdapat penjual baby carrot untuk diberi kepada binatang-binatang yang menanti  untuk dihulurkan makanan.

Apabila kita melepasi tempat membeli tiket, tak lama kemudian kita akan melalui jalan yang terdapat kiri dan kanan dengan binatang yang tidak dikandang seperti  gambar di bawah ini.

Berkeliaran seladang. Masa ni tak berani buka tingkap.
seram tengok tanduk tajam.

Kuda belang.

Kuda belang , rusa, unta yang berani menghampiri kereta untuk disuap.
Kali ini tak nampak llama berkeliaran di disini. Sudah pupuskan ia?
Rindu pula nak tengok kelibatnya. Binatang yang berasal dari Amerika selatan ini dulu banyak di sini . Sekarang sekor pun tak nampak.

 
Makanan disuap dari Avanza kami.


Cutenya

Nampak tak sapa di sana?



Kuda belang pun menunggu giliran

Nah ambik ! 
Tak berani nak pegang lama-lama carrot tu. Dah la kecik , nanti sekali jari pun kena ngap...

Selain binatang liar ada juga burung-burung untuk kita lihat.

Cantiknya saya..




Boleh bergambar dengan singa ni juga . Bukan patung , singa betul tau ni.
Kena beli tiket 10,000 rupiah sorang di kuanter.
Singa pun tak berapa nak layan dah
asyik dok kena libas dengan penjaga dia.

Cheetah ni dah tak mau layan orang dah. 
Letih gamaknya. Dari pagi dok posing sampai ke petang .
Masa ni memang dah petang sangat kami sampai. Tak lama kemudian binatang ni pun dah dibawa keluar.




Baby zoo. Pintu masuk untuk tengok burung-burung , kelawar , dan kanggaroo.

Kena berani , kalau takut -takut nanti kena cakar dengan burung tu pula.
Free ye....kalau nak bergambar.



Kanggaroo pun ada. First time tengok kanggaroo  depan mata sendiri.
Yang bestnya  boleh tengok dia bawa anak dalam kantungnya.

Nak  naik gajah kena panjat tangga dulu.
Tiket 15 rupiah sorang . Boleh beli di kaunter di  sebelah tangga tu.

Shauqi nak naik gajah tapi takut.
Gajah ni akan bawa round dalam 5-8 minit. Jadilah buat lepas hajat nak naik gajah.

Mak tak naik gajah , mak pas Shauqi pada cikgu Isma dan cikgu Nisah.
Mak tukang ambil gambar sajalah.

Jadilah usap sikit-sikit gajah ooiii!

Kalau nak naik lama ada lagi di bahagian lain  tapi tiketnya 150 ,000 rupiah seorang.Yang ni dalam sejam juga dia bawa ronda sekitar Taman Safari.


Kedai servenior.
Nampak gaya FM pun dah naik harga dari 15 ribu (dulu)ke 45 ribu sekarang.
mak tak belilah mahal sangat.


Pengumpul gelas .
Wajib beli  la.
Nak datang bila pula kan?
Satu set ni berapa Nisah ? Lupa la pula.


Selepas penat meneroka Safari, boleh juga singgah makan di sini. 
Tapi kami tak makan pun . Kesuntukan masa.


Percaya tak hanya kami yang naik keretapi ni.
Nyaris-nyaris tak dapat naik sebab dah nak tutup dah petang sangat.
Yang ni tiket percuma .

Dengan berkeretapi kami melalui gua yang ada dinosour,
tulang-tulang dinosour, sekumpulan orang batu  dapat kami lihat.
Patung aja pun.


Berkeretapi aktiviti terakhir kami di sini.
Hari pun beransur gelap , lalu kami pun bergerak mencari Jody untuk bertolak ke Jakarta dan bermalam di sana pula.
Wah....esok hari terakhir kami di Indonesia.











10 comments:

  1. Kredit to teacher isma utk gambar2 ni.
    Kamera mak asyik bateri kong memanjang.

    ReplyDelete
  2. Cantik2 burung nya Nieda..merah..hijau..ceria warnanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. burung merah itulah yg boleh kita pegang dan bergambar

      Delete
  3. semuanya pon dah naik harga ye ;p best jugak zoo nya bleh bgi makanan kt haiwan tu

    ReplyDelete
  4. takut jugak brgambar dgn singa tu.sekali dia ngap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SINGA TU DAH KENA JAMPI MEMANG DOK DIAM SAJA

      Delete
  5. N3 Nieda mengingatkan kak zai masa pergi sana dua tahun lepas.
    Bogor memang cantik dan binatangnya semua sihat dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan yg cantik di Bogor dengan suhu yang sejuk memang terbaiklah

      Delete
  6. Hoyee...JM pun dah pergi tempat ni..Taman Safari Bogor ya buk? hihih...best kan kak Nieda...naik van keliling dalam kawasan ternakan tu leh bagi makan binatang berkeliaran tu tapi carrot hanya utk kuda belang je lah..waktu kami pegi tu tak byk binatang keluar..byk tdo dan bersembunyi je

    ReplyDelete
  7. sangat comel zebra tu, aku sangat suka taman safari kerana sejuk sangat :D

    ReplyDelete