Syukur alhamdullillah anak sulung saya dah selamat mendaftar di UUM hari ini , 1 September. Semoga langkahnya lebih cemerlang untuk masa depan In Sya Allah. Itu doa mak dan abah untuk Alia dan juga untuk semua anak-anak . Itulah juga harapan ibu bapa di luar sana.
Ini juga sebagai hadiah teristimewa sempena hari ulang tahun saya yang jatuh pada 31 Ogos .
Alia kata , mak suka tak alia dapat masuk U ni?
Suka .
Apa yang tak suka pula.
Agaknya , mak ni tak tunjukkan betapa gembira dan sukanya bila anak dapat tawaran ke universiti. Tak kanlah mak nak lompat-lompat bintang kut ! Mak suka dan bangga dengan Alia. Lagi pun Alia anak sulung. Semoga nanti akan menjadi contoh kepada adik-adik pula.
Dah dapat kunci bilik.
Sebilik dengan orang Johor.
Merah mata si bapa masa bersalam nak balik.
Jauh nak tinggalkan anak di utara.
Namun untuk menuntut ilmu terpaksa diharungi juga.
Kami.
semakin sunyi di rumah . Dari 5 beradik dah tinggal 2 orang Aiman dan Shauqi
yang jadi penghibur hati.
Sebelum kami tinggalkan UUM , ambil gambar dulu sebagai kenangan.
Sebelah tu ada sekeluarga lagi bergambar.
Tak dapatlah nak ambil gambar kat logo UUM.
Tak palah lain kali.....
Semoga kakak terus berjaya di sini .
Di sinilah langkah baru bermula....
Chaiyuk kakak.
* ku rakamkan ini untuk Aliaku
tahniah! selamat belajar ya!
ReplyDeletetima kasih , anies
ReplyDeleteTahniah untuk Alia akak, semoga anak saya Alia pun akan dapat jejak kaki ke menara gading satu hari nanti.
ReplyDeletesemoga alia Yus pun akan ke U bila tiba masanya nanti
DeleteMak mana yang tak suka anak dapat masuk U, ye tak Nieda... Tuhan saja yang tahu perasaan dalam hati... dah berpenat lelah menjaga, membesarkan, menghantarnya ke sekolah... bila anak dapat masuk U rasa mcm terbayar segala penat lelah tu... TAHNIAH Alia... belajar sungguh-sungguh sampai berjaya menggenggam segulung ijazah!
ReplyDeleteManislah Alia ni..
TQ auntie sweetie
DeleteTahniah! smga menjadi panduan utk adik2 nya nnti..dapat dok DPP mana? UUM tmpt sy dulu ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBlok Bank Muamalat
DeleteTahniah buat Alia dan Nieda juga. Semoga Alia bukan saja menjadi contoh buat2 adik tapi untuk semua yang lain.
ReplyDeleteTempat adik bongsu kak zai belajar dulu.
terima kasih kak zai
Delete