03 September 2014

Padang Besar

Entah kali ni , perjalanan ke utara rasa hati berbunga-bunga.
Rasa gembira sebab utama anak  nak daftar di UUM, sebab kedua sebab nak berjalan ke Padang Besar.
Hohoo....Padang Besar je pun, tapi mak suka.

Kami bertolak awal sehari dan bermalam di Jitra sebelum hari daftar pada 1 September.
Cari hotel  dulu, memang tak booking . Kalau booking memang tak jadi selalunya. Kat Jitra banyak sikit hotelnya , tapi  nasib baik  lepas kami booking dah full pula.

Maklumlah cuti Hari Merdeka kemudian bertemu pun dengan pendaftaran IPTA .
Memang ramailah orang sekalian alam.

Sebenarnya , ada banyak juga hotel , hotel bajet  , motel dan homestay.
Banyak dan boleh google.
Memang dah google pun, tapi suami saya pesen nak terjah je.
Dia pesen berhenti tang mana duduk tang situlah. Baik tak payah mak sibuk-sibuk , mak ikutkan saja.


Pemandangan sepanjang jalan ke Kedah.
Pokok padi dah dituai. Perjalanan ke Kedah ni rasa syok la....mungkin sebab banyak pokok kayu dan sawah padi kut. Rasa damainya la hai...

Bila dah dapat bilik , kami berehat sekejap selepas makan dan solat kami pun bertolak ke Padang Besar. 
Punyalah excited Shauqi  nak pergi Padang Besar. Dia ingat Padang Besar tu padang besar 
tempat nak main bola.
Berulang-ulang menyebut nak pergi Padang Besar, Padang Besar. Haih...budak ni!


Perjalanan ke Padang Besar kiri kanan menjamu mata  dengan pandangan padang yang luas.

Pokok tebu.
Kiri kanan sepanjang perjalanan adalah kawasan  ladang tebu.
Perlis memang sesuai dengan tebu sebab suhu yang sangat  panas 40.1 C. 



Mesti jumpa kalau  lalu kat sini.

Dah sampai.

Mak aiii, punyalah ramai orang . Kereta parking hingga ke bulatan yang nak masuk ke komplek  utama membeli belah  . 

Masjid ke surau pun ada .Kami tak masuk pun sebab dah selesai sebelum bertolak tadi.


Pintu masuk ke sini sangat lah banyak. Jangan susah-susah . Kut mana pun boleh masuk.
Kalau nak menyopping di kedai sekitar komplek ini pun boleh juga sebab banyak deretan kedai di sekelilingnya. Lagi selesa tak berasak-asak dengan orang ramai.

Makanan dan jajan.

Beg

Beg lagi

Tapi ....mahal lah baik beli kat tempat sendiri boleh dapat 20-25 ringgit .
Kat sini paling murah pun 45 ringgit.

Sesak dengan orang ramai.

 Saya taklah bershopping  sangat.  Bila hari cuti dan pelanggan pun ramai bukan masa yang sesuai nak tawar menawar di sini. Tak layan punya. Harga memang mahal masa ni.

Saya sekadar nak cuci mata. Lagi pun tak jauh dah dari hotel kami .

Saya  sekadar beli beras nasi dagang sekilo RM 8. Masa ni dah hujung-hujung nak balik  dan saya tak tawar pun dah letih berjalan . Di Hadyai (tahun lepas) RM 4  tapi tak beli. 

Saya beli tikar sebidang (tikar siam yang 2 keping) dengan harga RM28,  2 helai seluar basahan untuk anak-anak bujang dan sedikit makanan dan buah gajus. 

Eh ! satu lagi  saya beli .
Pulut mangga  ........supaya saya tak kempunan dan kena datang lagi di lain kali.








20 comments:

  1. Ramainya umat kat situ...

    Kakcik kalau ke PB tu suka beli seluar besar untuk anak je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya , kak cik saya pun beli seluar besaq juga

      Delete
  2. Nieda mesti pergi Padang Besar melalui Chuping ni.... Ikut Arau best juga... pemandangan rumah2 kediaman tapi agak jauh sikit kot, tp boleh singgah pekan Arau dan Kangar. Next time kalau nak gi UUM tu singgah minum cendol Jo kat tepi jalan sebelum sampai simpang di UUM tu... sedap!

    ReplyDelete
  3. ada nampak kedai cendol tepi jalan tu tapi tak berhenti ....
    dulu pernah ikut jalan kampung. Lalu depan restoren tok mek. tapi tak tahu jalan mana...
    jalan yg ini jumpa UNIMAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai cendol tu kat changlun sebelum sampai ke UUM... mmg betul-betul tepi jalan... tak pa banyak masa lagi nak pergi ke utara ye Nieda.. kurang2 3 tahun juga Alia study kat sana tu.

      Kalau jumpa restoran tok mek.... itu jalan yang selalu saya ikut dari Arau... Saya mmg tak berani lalu kawasan ladang tebu Chuping Nieda.

      Delete
  4. jalan jalan padang besar ye......alhamdulilah dan tahniah. ....kena jugak terjah...da lama benar tak buat lawatan tapak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang nekcik.....sila, sila mai singgah

      Delete
  5. Tahniah..anaka kak Nieda masuk UUM?..lepas ni kalau pegi jumpa anak leh singgah padang besar lagi...JM pun suka mkn pulut mangga :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq JM.
      UUM ni mmg strategik , dekat dgn PB, Bt Kayu Hitam dan dekat juga nak ke Siam.

      Delete

  6. Blogwalking sini :)

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Lama kak zai tak ke padang besar. Masa pergi penang itu hari teruskan perjalanan ke bukit kayu hitam. Jalan2 aje tak tahu nak beli apa sebab tak banyak barang dan harga pun taklah murah sangat.

    ReplyDelete
  8. Best jugak tu klau dapat pg padang besar...

    ReplyDelete
  9. klu tg public holiday mmng mahal..takpe t klu nk apa2 pesan kt ank akk je ;) budk UUM wajib ulang alik ke sini gi waktu org bekeje sure dpt murah...

    ReplyDelete
  10. bagus le tak membazir. niat nk antau anak kn kak. pulut mangga..uishh mesti mauuu

    ReplyDelete
  11. Sejak pakchaq dok jitra 2 3 kali jugak dah pi padang besaq.. tapi x beli apa sangat.. pasai pakchaq selalu x mau ikut, dok tunggu kat kereta.. susah la kita nak lama2 pilih..

    ReplyDelete
  12. wah dah dekat tu dengan kampung saya..
    padang besar time-time perayaan jangan haraplah nak dapat beli barang murah...harga tahap cekit darah
    next time kalau ada rezeki ke sana lagi..jangan lupa merasa pulut ayam dengan nasik gomak..sedap tu
    kalau ke bukit kayu hitam...cuba merasa daging bakar, antara yang pames kat sana :)

    ReplyDelete
  13. nasik gomak ?macam mana la rupa nya

    ReplyDelete
  14. Tak pernah sampai sini sejak dah tua tua gini...Masa zaman kecik adalah rasanya...Tapi mcm tak pernah pergilah kiranya tu tak hengat apa.i ...Sedap sangat ke pulut mangga tu sampai sebut Utara mesti terkenal dgn Pulut mangga

    ReplyDelete