19 September 2014

Pelajar baru



Secara rasminya saya kembali menjadi  pelajar di USM pada awal  6 September lalu iaitu seminggu selepas anak saya  , Alia mendaftar di UUM sebagai mahasiswi baru . Jauh di sudut hati jika tarikh pendaftaran saya dan anak saya jatuh pada hari yang sama , saya tak akan mendaftar dan akan melepaskan tawaran ini dengan hati yang lapang . 

Saya tak akan melepaskan peluang menghantar anak sulung ke menara gading yang akan di kenang sepanjang hayatnya malah akan menjadi kenangan manis kami berdua , ibu dan bapanya.

Namun   ketentuan telah ditetapkan berselang seminggu jadi  masa pendaftaran  tak bertemu akhirnya.

Risau juga saya sekarang   jika keadaan tidak mengizinkan , pelajaran terkandas di tengah jalan walaupun masa yang ditetapkan hanya 2 tahun berbanding 4 tahun semasa degree dahulu. Maklumlah mak yang nak belajar ni adalah mahasitua....huhuhu.

 Doa saya diberi kekuatan , kesihatan yang baik dan sentiasa bersemangat  tinggi untuk menghabiskan pengajian hingga ke hujungnya.




13 comments:

  1. Semoga nieda dan anak berjaya untuk mencapai cita2 yang diimpikan.

    ReplyDelete
  2. I salute you.terror tu.teruskan pengajian dgn hati penuh semangat.

    ReplyDelete
  3. Selamat menjadi "pelajar" kembali nieda......usm di kampus pulau?....dekat sangat2 dgn rumah makcik..

    ada peluang boleh lah jumpa nanti ye..012 429 3317

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampus pulau mck.
      mack dok tang mana?
      TQ bg no hp.
      senang2 boleh jumpa .

      Delete
  4. Akaaakk!!! tahniah! menang collagen shaklee.. hehehe
    nanti boleh bg details nama, no.hp n alamat kat my email aann6485@gmail.com ataupun watsapp/sms to 011-32108320,
    thank you for join the contestt.. malam ni ade contest baru plaak..heheeh

    ReplyDelete
  5. Wow... tahniah! Semangat pulak saya nak sambung belajar jugak. Hihi

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak Nieda kerana dapat sambung pelajaran. JM salute kerana kak Nieda masih ingin belajar..sybabar. in sha Allah semoga akak dapat habiskan sesi pengajian dengan baik. 2 tahun tu tak lama :-)

    ReplyDelete