Buat Duit

Wednesday, October 8, 2014

Gerhana Bulan


Gerhana Bulan


Saya dapat tahu dari blog Diana Rashid semalam DI SINI.
Maghrib tadi pula diwasup pula oleh anak saya yang jauh nun di Sintuk.Nasib baik, kalau tak diingatkan  mak memang  dah terlupa tentang gerhana bulan yang jatuh pada hari ini.

Maghrib tadi sempatlah tengok sekejap, tapi tak dapat nak tengok sepanjang perubahan gerhana.
Masa time dia gelap , memang gelap sungguh sekeliling kita (bumi). Tiada langsung cahaya.

Namun lepas solat Maghrib saya sambung balik tengok bulan mula bercahaya semula. Sikit demi sikit berubah bentuk.

Dari jauh saya nampak bulan . Walaupun jauh tapi boleh dilihat lagi. Besarnya saiz bulan walaupun beribu-ribu km tapi boleh nampak dengan mata kasar oleh orang biasa yang bukan pakar astronomi ini.

Subhanallah.

Setiap kejadian mesti ada sebab musababnya dan kenapa ia dicipta.

Kita juga boleh bersolat sunat gerhana bulan  , berdoa dan berzikir .

Dari sini kita dapat melihat kebesaran Allah  dan betapa kerdilnya kita dibumi ini.



6 comments:

  1. al kisah maghrib tadi ya ... sis leka dgn lappy .

    ReplyDelete
  2. Saya pula kebetulan aje terbaca satu status kawan. Mula-mula fikir juga macam tak ada peluang je nak tengok, sebab awan putih yang menutup langit sebelum maghrib tu macam tebal aje. Lepas solat, baru rasa nak jengah semula ke luar. Alhamdulillah dapat juga tengok walaupun tak sepenuhnya. =)

    ReplyDelete
  3. semalam tidur awal..huhuhu rugi2

    ReplyDelete
  4. Kak zai pun tak tengok tapi kat masjid hubby kata ada buat solat sunat gerhana.

    ReplyDelete
  5. saya tak sempat tengok semalam.. terlupa lah pulak, padahal dah set mind nak tgk.. takde rezeki.
    salam kenal, follow sni #304 :)

    ReplyDelete
  6. igtttt tapi mcm malas plak nk kuar umah mlm tadi ;p

    ReplyDelete