07 June 2026

Oren Cafe Satun.

 Assaalamualaikum.

Kalau berada di Satun , jangan lupa singgah di Oren Cafe .

Sebenarnya  kami tak nak singgah memandangkan hari dah petang  sangat.

Namun pemandu kami sangatlah baik , walau pun katanya Oren Cafe tak dimasukkan dan intenari.

Kalau boleh semua tempat dia nak bawa...


Pakarang Hotel PakBara.
Bermalam pada malam pertama di Thailand.
Hotel biasa-biasa saja,
Egen yang booking , bayaran termasuk pengangkutan .



Hari tu , dia bawa ke kampung-kampung , tunjukkan pasar pagi Langu walaupun masa tu dah tutup.

Saya memang suka singgah pasar macam ni. Barang jualan murah-murah .

Saya terbeli teli pinggang untuk anak lelaki yang tak ikut sorang satu.

Walau pun tak dapat singgah Pasar Langu , dia gantikan pasar sehari di kawasan berdekatan .

Seronoknya membeli bersama orang tempatan.

The orange Cafe


Oren Cafe yang banyak tempat OOTD , surau,  tandas yang bersih dan meja yang banyak.

kita juga boleh makan dan minum di pondok-pondok berhadapan kolam ikan yang luas.


Orang baik yang tolong ambilkan gambar kami.
Group konvoi .
Terima kasih.

Kreatif,

Tempat wuduk disediakan ,  khas untuk lelaki dan perempuan .

Surau 

Ukiran dari kayu.



Estetik.



Pilihan. kek


Jagung kering dijadikan hiasan.

Pelbagai menu .


minuman berasaskan limau.
Mix oren dan kopi pun sedap.



Lampu bergelapan.




Kami tinggalkan Oren Cafe dengan rasa puas .













No comments:

Post a Comment