27 October 2014

Hadiah GA dari Naza Tupperware dah sampai.



Kali ini  guna alamat tempat bertugas sebab takut tak ada orang di rumah masa posmen hantar barang.


Naza ini tauke Tupperware  . Jika sesiapa yang berhajat nak beli barang Tupperware dengan harga yang berbaloi boleh ke blog NAZA boleh klik di sini.

Naza kirimkan bekas air yang ini 750 ml rasanya, key chain  dan katelog terbaru Tupperware bulan ini.

Kenapa saya suka guna Tupperware?

Sebab utama ialah jika barangannya rosak , pecah, atau  koyak  ia akan diganti baru.
Kita akan dapat guna sampai bila-bila  selagi barangan  jenama Tupperware tidak rosak di sebabkan gigitan tikus atau terkena api. Kan dah untung di situ.

Lagi pun sekarang terdapat berbagai warna yang menarik menjadi pilihan  dalam koleksinya.

Paling penting ia kedap udara.
Simpan gula , biskut  atau  makanan manis selamat. 
Tak lemau  dan tak masuk semut.

Walau pun begitu saya membeli ketika ada tawaran harga murah  jika ingin menambah koleksi.


Terima kasih pada Naza yang menganjur GA ini.


Rezeki lagi , alhamdullillah.




Post a Comment