30 October 2014

MEE SANGGUL




Mee Sanggul keluaran Bumiputera.

Saya suka makan mee sanggul. Tapi susah nak mencari mee sanggul buatan muslim dan   halal.
Mee sanggul yang ada di pasaran rata-ratanya buatan bangsa asing.
Selain makan mee basah, sedap juga makan mee kering macam ini pula. 
Sekali  sekala bertukar selera.

Anak kawan saya langsung tak pandai makan mee sanggul  sebab maknya tak pernah ajar makan.
Tak masak sebab  susah nak cari yang muslim buat.

Saya kurang yakin status halalnya.
Bukan saja mee sanggul, su'un pun saya dah berhenti membeli kecuali saya yakin keluarannya dari mana.  Sedap sangat jika su' un   dicampur dengan sayur lemak labu, petola  atau pun kobis.
Nak buat kuah lemak lontong pun kena ada suun baru best.

Susahnya jika semua benda  kita tak kuasai.


Nampak jelas sikit.

Dah goreng sebungkus semalam. 

Post a Comment