01 January 2015

Happy New Year 2015 & Floating Market Hadyai

Semua updet sambut tahun baru 2015...kite terlambat  atau buat-buat lambat.
Semoga tahun baru akan membawa seribu kebaikan dalam hidup kita . Berhijrah dari negatif  ke positif, dari tak berapa alim jadi lebih alim, dari susah kepada senang, dari buruk kepada cantik , dari leka  kepada beringat........mudah-mudahan. Amin.




Meh sambung cerita yang tak habis lagi ni....


Entry sebelum ini ,  HOTEL KOSIT

Kami bermalam di hotel Kosit. First time dengar ...errr  ...tak kisah asal boleh tumpang tidur. Menariknya , Hotel Kosit ini masuk-masuk dah nampak tanda kiblat depan pintu masuk walau nya pun sure hotel ini bukan orang muslim punya. Atau tanda betapa ramainya orang Islam  yang datang ke Siam ni.....

Tanda kiblat  terbentang . 
Tak ada lah tertanya-tanya nak solat arah mana?

Kami sampai di bilik dalam pukul 3.30 petang macam tu lebih kurang. Dalam kepala dok memikir nak ke mana lepas ni? Berjalan aci redah saja, Agenda utama  sebelum bertolak sebab nak  cari kedai aksesori kereta laju ja suami akak setuju .

 Kami memandu sendiri masuk ke Hadyai.
Berehat sekejap , bagi driver rilex-rilex (kang nak drive lagi) sebelum keluar semula lepas waktu  asar.  Memula pergi servey tempat kereta dulu yang depan Central Festival Mall. Kita boleh nampak bila mula-mula kita sampai ke Hadyai.

Ini kedainya.

Lokasi berhadapan dengan Central Festival.
Ada sky bridge  , senanglah mak-mak window shopping tak kala bapak2 di kedai kereta ini.

Hilux kawan saya  ni memang dah banyak aksesorinya tapi tambah lagi di sini sebab harga dan kualiti yang berbaloi-baloi katanya.

Dari sini kami terus ke Floating market, nun di hujung Hadyai. Dua anak saya di belakang tukang baca peta. Alhamdullillah sampai juga kami di situ.

View dari atas jambatan baru.
Kali pertama saya sampai jambatan ini tak ada lagi.
Jambatan asal kayu yang nak roboh terletak di hujung  sungai.
Kiranya jambatan batu ini menggantikan jambatan kayu yang lama.

Cikgu Sazali dan isteri  , terjumpa di Floating market.

Abang baju kuning tu wajahnya digunakan dalam peta pelancongan Thai.
Jual pais ikan. 

Tak sangka boleh terjumpa kawan suami (orang malaysia) di  Floating Market.
Kecilnya dunia....

Kami selamat melepasi border Danok dah  tengahari  tapi kami teruskan perjalanan sehingga terjumpa kedai makan halal dalam perjalanan ke Hadyai . Jangan pening cerita pusing terbalik.....
Sekali ,lepas kami masuk ada ramai rakyat Malaysia yang singgah sekali makan di situ.
Kami order nasi putih , sayur kangkung belacan , telur goteng dadar ,tomyam.
dan saya order nasi paprik..
Jadilah  buat lapik perut.

Nasi paprik 



Abang driver I...

Tom yam 


Tomyam ni membuatkan Shauqi makan nasi seperti banjir. Banjir dengan kuah tom yam.

Kota Hadyai

Terujanya saya bila dah masuk melepasi sempadan  ... .seperti biasa di Thai  raja mereka adalah segala-galanya.



Mampukah kita seperti mereka?






15 comments:

  1. happy new year kak... bagusnya w/pon hotel bukan muslim punya tapi siap sediakan tanda arah kiblat

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi yg menarik perhatian, hotelnya bersih ....kadang kala lebih bersih dari hotel di tempat sendiri

      Delete
  2. Hepi new year... Tom yam tu mengiyurkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too....tom yam di sebelah selatan Thai menepati selera .....owhh

      Delete
  3. syok amik angin luar negara kan..hihi

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2015 nieda

    ReplyDelete
  5. tom yam tu mmg menggoda jiwa...

    ReplyDelete
  6. bestnye...teringin jugak nk drive ke sana...tapi kurang ada keberanian...

    ReplyDelete
  7. seronok jugak kalau boleh drive sendiri tap[i risau jugak kalau tak cukop korum!!

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru akak...

    ReplyDelete
  9. Kalau kat siam mesti nak order tomyam, tentu sedap rasanya.

    Drive sendiri senang nak pergi mana2.

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru kak Nieda

    sampai floating market malam eh..pandai lah cari sbb drive sendiri

    bila sebut pasal raja nih..setiap tempat di Thailand gambar muka raja mereka bersepah di tepi2 jalan, depan bangunan, sekolah, pejabat kita setiap sudut ada gambar raja mereka

    ReplyDelete
  11. Seronok tengok pi jalan-jalan.
    Selamat tak area situ?
    Adik saya pun baru balik dari Hatyai:)

    ReplyDelete