Waaa...tertukar dengan entry GA by Siti pula . Entah manalah hilang kisah Hotel Kosit yang asal. SS saja yang sempat tinggal komen. Kendian-kedian yang singgah sini mesti heran tajuk lain , cerita lain....haih Kosit, Kosit.
Meh sini kena karang sekali lagi.
Disebabkan tarikh kami ke sana jatuh hujung minggu maka , banyak hotel dah penuh.
Cuba riki-riki kawasan nadi Hadyai area Lee Gardens semua katanya dah full.
Kenapa sebut kawasan Lee Gardens , sebab di situ ada banyak lagi hotel lain.
Ya.... senang orang tahu sebab Lee Gardens ini hotel besar yang kena bom hari tu.
Memang happening kawasan ini di waktu malam .
Bila tidur di hotel kawasan ini senang nak menapak ke Pasar malam Hadyai yang meriah gila tu. Silap hari bulan boleh berjumpa gajah yang ke pasar malam juga.... heheheh. Habis gajah tu masuk kedai dan restoren . Jadi sapa yang nak bergambar , nak belai-belai gajah kena bubuh 20,30 bath dalam mangkuk yang tuan gajah bawa.
Bila dah deal nak pergi 13 /12 maka kami bulatkan hati pergi juga walaupun hotel nak menginap tak tahu mana lagi. Jadi saya cuba hubungi Mat Lee Tour yang suami pernah pergi ke Chiangmai firts time dulu. jadi dia yang bookkan hotel ini dengan harga yang tak sampai seratus....oklah kan . Tak susah hati bila sampai hotel terus ambil kunci.
Ini bilik kami.
Kami tidur 5 beranak walau pun ada 2 katil single sahaja.
Bilik luas dan selesa. Duduk 5 orang pun ok lagi tak belaga punggung ... hahahah.
Air mineral Siam ni pelek sikit dalam botol kaca.
Berat nak bawa balik kena cajlah.
Boss tengah skodeng ke luar hotel.
Masa ni baru sampai .
Bilik kami tingkat 2 betul-betul atas pintu masuk.
Kedai bercat kuning ialah kedai agen perlancongan .
Pagi-pagi dah stat berniaga.
Kedai makan halal , ikut kiri dari kedudukan bas. Kedai Rohana Tomyam.
cerita ada DI SINI. Senang nak cari , kami jalan kaki saja tak sampai 5 minit dah nampak kedai.
Jadi tak susah walau pun jauh di hujung Hadyai tapi ada tempat makan halal. Pada saya lebih banyak pilihan daripada Hamid dan Salma Restoren.
Macam Hamid , harga memang tinggi sebab jadi tumpuan pelancong terutama orang Malaysia.
Betul tak sapa pernah makan sini dan kena bayar kaw-kaw punya?
Tapi , makan angin ke Hadyai memang best bagi saya .
Selain dekat (kami berkereta ke sana), makanan sedap dan barangan masih murah walau pun ringgit kita jatuh berbanding baht.
Rasa nak repeat lagi la.....
Patut laaaaaaa... Ilanggg... Aiseyy menn...
ReplyDeleteDia main menyorok la
ReplyDeleteAbis laaa dia dah kena culik dengan orang Hatyai... He He He...
DeleteKak zai belum pernah pergi lagi. Tengok nieda cerita macam seronok.
ReplyDeleteKalau dah terdesak bilik macam itu pun dah ok.
best...bila pergi sekali nak dua kali...
ReplyDeleteHamid tu mmg famous di kalangan orang Malaysia yang ke Hadyai. Tapi charges dia mmg boleh tahan lar. Saya tak pernah try, tp ada baca banyak review pesal restoran ni.
ReplyDeletemahal , kalau tak ada pilihan ke situ juga la
Deleteada plan dulu nk ke sini dgn keretapi tp smpi skrg x jadi2 plan nyer
ReplyDeletehotel ini dekat stesen keratapi
ReplyDeleteBanyak beli shopping di Hatyai Nieda.
ReplyDeleteala kadar saja ...tapi pulut mangga jgn dilupa
Deletenal repeat juga...teringin nk tgk floating mkt dia
ReplyDeleteRepeat mck jgn tak repeat
DeleteBoleh la....beli buah di haadyai.Kalu kt danok harga tinggi sikit
ReplyDeleteplan tahun depan akan ke Hatyai hujung tahun...
ReplyDeletejom
Deletemurah betul harga bilik tu..nmpk mcm cantik yg ptg selesa kn
ReplyDeletenak selesa tapi tak mau bayar mahal. camne tu....hihihi
Deleteteringat-ingat floating market dorang... makan sampai kembung!
ReplyDeleteKembung tak pe....jgn meletup sudah
Deletebestnye bercuti....
ReplyDeleteLaa kesiannya..
ReplyDeletePenat2 taip hilang pulak ye.
yer lah seronok nyer tengok orang bercuti...
ReplyDeletekak Nieda..satu bilik boleh masuk 5 org..dorang benarkan ke..JM pernah kena sound 1 bilik 2 katil kami tido bertiga then dorang perasan terus dorang minta bayar for extra bed..tapi bukan di Hatyai but di Guangzhou China. Sbb plan asal nk murah x nk booking bilik lebih
ReplyDeletenasib baik terlepas JM....akak booking melalui org tengah.
DeleteSalam
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2015
Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....
selamat tahun baru utk najib juga...semoga tahun baru lebih meriah
DeleteKenapa kena caj kaw2?
ReplyDeleteTakde menu with pricing ke?
Oklah hotel tu..bagi saya..
ReplyDeleteTapi, better amek yang queen bed kot lenkali.