Dah berhari-hari tak updet blog. Sekali kita tinggal maka akan berhari-hari terbiar tanpa bersalah.......saya la tu.
Jadi hari , meh updet blog sebelum idea kering lagi.
Semalam 18 Mac , Ain puteri kedua saya mendaftar masuk ke UTP akhirnya.
Temuduga awal telah pun dilalui pada Februari sebelum keputusan SPM keluar lagi.
Ceritanya di SINI.
Saya abadikan di sini untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.
Ain melangkah ke Dewan Canselor untuk pendaftaran.
Kami sampai awal pagi .
Dewan Canselor dari tepi.
Di bahagian dalamnya.
Berkongsi dengan library yang besar bertingkat-tingkat.. teruja mak aiih!
Pintu masuk ke dalam dewan.
Budak kecik tu mesti ikut.
Kerusi kosong yang kelihatan di gambar untuk pelajar menunggu giliran mendaftar.
Pendaftaran berjalan lancar.
Pelajar akan bergerak ke satu bahagian ke bahagian yang lain dalam satu dewan sebab dewan ini sangat luas boleh menempatkan semua bahagian sekali dan akhirnya kunci bilik pun diterima di sini.
Ibu bapa berada di tingkat atas dewan dan boleh melihat pergerakan anak-anak dari sini.
Tapi gayat la pulak berada tinggi di tempat duduk atas ni.
Belum penuh ...ada ibu bapa yang tak larat panjat tangga
hanya tunggu di bawah . Kerusi ada disediakan .
Sorang-sorang .
Saya sempat masuk ke dalam pusat sumber melihat-lihat.
Bertingkat-tingkat , ada disediakan tangga untuk mengambil buku macam dalam movie orang putih.
Library ...lut sinar.
Boleh nampak dari luar.
Masa temuduga pun dibuat di Dewan ini tapi hari Sabtu , tak berpeluang nak masuk melawat.
Hari ini rezeki, sempatlah meround sekali dua.
Ramai juga ibu bapa yang menunggu anak menyelesaikan pendaftaran duduk -duduk di sini.
Melepas lelah barang sekejap.
Kereta Lumba @ PETRONAS .
Mesin basuh disediakan tetapi berbayar RM3 sekali guna.
Dalam bilik ...nanti Ain susun .
Katil teman sebilik dah siap berkemas.
Ada meja , almari , wayar untuk internet disediakan ....cucuk di dinding.
Ain akan berada di sini selama setahun untuk foundation di sini. Sebelum menyambung keperingkat degree .
Hati mak berdebar-debar melepaskan anak ke sini.
Semoga perancangan akan berakhir dengan baik anakku.
Tiada apa yang diharapkan dari seorang ibu , semoga setiap anak beroleh kejayaan dunia akhirat.
ALL THE EBST AIN! SELAMAT MENJADI WARGA U! ;-)
ReplyDeletetq anies
Deletehope she will be fine...
ReplyDeleteya..harap2 begitulah
DeleteSmlm 17 Mac lak kak Nieda..hari ni 18 Mac...
ReplyDeleteEhh..anak yg nk belajar mak yg teruja tgk library tu heheeh
Tahniah buat Ain...Tahiah juga buat kak Nieda kerana melahirkan anak yg berjaya
ahaa...tershasul dah.hari pun tak betul..baru perasan.
Deletebetul JM akak yg teruja tengok library yg boleh tembus nampak.eh..betulke bahasa ni?
Tahniah buat anaknya...
ReplyDeleteterima kasih En Mie
DeleteAlhamdulilah. ..tahniah Ain dan kluarga semuga Ain berjaya cemerlang di dunia dan akhirat amiin
ReplyDeleteAll the best buat Ain...
ReplyDeleteNieda, jika tiada apa-apa aral. Jun nanti, Ojet dan staff Petronas akan ke UTP ni untuk majlis penyampaian biasiswa/tajaan kepada pelajar2 Petronas... Ain dapat biasiswa ke?
tak dapat lagi...
DeleteCongrats! Belajar rajin2...
ReplyDeleteTahniah buat Ain dan nieda. Semoga beroleh kejayaan didunia dan diakhirat.
ReplyDeletetahniah ain! besar gak UTP ni ye...semoga semua nya berjaya seperti yg di rancang
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteTahniah untuk Ain dan Nieda....
Alf mabrook..
ReplyDeleteCik Sham pulak yang emo bila tengok anak org masuk U.
Nak tinggal anak kat asrama.. mcm2 yg terfikir..
Salam. Hee semoga dipermudahkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah menjejakan kaki ke universiti.. Moga semua nye dipermudahkan :D
ReplyDeleteteringat pulak zaman saya masuk asrama dulu...sedihnya bila kena berpisah dgn mak...huhu...
ReplyDeleteharap ain boleh buat sehabis baik...insyaAllah...
seronok tgk library dia yg serba canggih tu...
seronok lihat anak kawan2 masuk U....anak kita tak baru masuk menengah...
ReplyDeletejadi model kat adik tu ain....selamat belajar..
Insya Allah..Aameen..
ReplyDeletebestnyer tgk org mendaftar...teringat zaman2 belajar dulu....hihhihi
ReplyDeletesemoga ain berjaya dengan jayanyerrr ihihihih