Hari ini buat pertama kali , saya menjejakkan kaki di UTP di bandar Seri Iskandar menemankan anak kedua saya Ain untuk temuduga (foundation) kemasukkan bagi bulan Mac.
Universiti ini terkenal dengan pengkhususan dalam bidang Engeneering dan ICT.
Saya terpegun dengan senibina Dewan Canselornya yang tersergam gah di situ.
Senibina moden dan tersangatlah besar saiznya. UTP juga dikenali dengan keunikan bangunan akademiknya terutama Dewan Canselor ini yang telah mendapat pengiktirafan dunia iaitu Anugerah Shah Jehan seperti yang dianugerahkan kepada PETRONAS Twin Tower.
UTP telah beroperasi bermula 1997 , sudah 17 tahun usianya.
Sesi temuduga telah berlangsung selama 3 hari , bermula Sabtu dan berakhir pada hari ini(Isnin).
Dalam sehari , ada 2 sesi iaitu sesi pagi seawal 7.30 pagi-12 tengahari dan petang bermula jam 2 -6 petang.
Satu sesi lebih kurang 250 orang calon, jika sehari dalam 500 orang calon.
Jadi 500 calon X 3 hari lebih kurang 1500 calon. Ramainya yang memohon ke UTP.
Soalan sangat tought dan dalam Bahasa Inggeris.
Ain, ada rezeki adalah...
Jom tengok gambar lah...
Dewan Canselor UTP
Ibu bapa yang menghantar dari seluruh negara.
Dah mula beratur panjang sampai ke pintu masuk dewan.
Kami sampai 7.30 pagi, dah ramai. Tak tahulah yang di depan tu sampai pukul berapa?
Ibu bapa dan calon diminta mendengar taklimat di dalam dewan.
Nasib baik Ain dah makan roti buat alas perut.
Kami semua , tak sempat sarapan lagi......tahan perut.
Kusyuk.
Bahagian atas, di penuhi anak-anak (calon-calon )yang akan ditemuduga.
Sesi mendengar taklimat .
UTP ialah universiti swasta maka bayaran untuk degree engeneering lebih kurang RM78K.
Foundation selama setahun RM13K .
Namun pelajar-pelajar yang ditawarkan ke sini boleh memohon biasiswa/ pinjaman daripada PETRONAS dengan syarat - syarat yang tertentu.
Cantiknya dewan canselor utp.
ReplyDeleteMemang patut dapat anugerah.
terpegun di situ,
Deletesatu lagi ialah masjid UTP - digelar permata UTP.
senibina yg terbaik
Insyaa Allah ada rezeki Ain nanti tu Nieda.
ReplyDeleteMasa hero bongsu acik dipanggil temuduga acik tak dapat nak hantar
Alhamdulillah ada rezeki dia dapat belajar di tempat lain
pemilihan ketat hanya yg terbaik akan terpilih.
DeleteGud luck buat Ain, moga berjaya dan dapat menimba ilmu di salah sebuah universiti yg ternama di M'sia ni.
ReplyDeletetq Sweetie...semoga berjya
Deletegud luck ain! huihh lap peluh 78K ;)
ReplyDeleteU swasta yuran tinggi...pasang kipas laju2 bagi peluh kering ...hehheh
Deletesalam kenal kak...saya follow sini
ReplyDeletetQ dik ...salam kenal
Deleteanak kakak pun dapat temuduga UTP ni ,walaupun dia berminat tapi bila difikir2 dia menolak tawaran itu kerana kesian kan si ayah yg masih menanggung kakak dan abang dia di IPTdgn kos pengajian yg agak mahal di UTP ni..
ReplyDeleteTawaran temuduga paling awal diterima ...sekadar mnecuba nasib
DeleteinsyaAllah kak...harap2 ada rezeki ain...
ReplyDeleteni universiti hebat ni kak...harap sgt ain ada rezeki ke sini...
U yg hebat dalam bidang engeneering
DeleteIn shaa Allah ain ada rezeki. Bagi kak zai kalau menuntut ilmu tak kira mahal macam mana pun patut diberi peluang. Boleh memohon biasiswa atau PTPTN.
ReplyDeleteBestnya kalu dpt sambung belajar... Tapi otak SS dah beku.... He He He...
ReplyDeleteBesar & canggih nampak dewan tu
ReplyDeleteinsyallah sama sama lah berdoa ada rezeki untuknya..mungkin bayarannya tinggi tapi kalau keputusan cemerlang akan dapat pengecualian..insyaallah
ReplyDeletemudah mudahan ada rezeki ain nanti...amin
ReplyDeleteWahh..Tahniah kerana Ain di panggil interbiu utk masuk UTP..mmg susah nak dapat kemasukan ke UTP no hanya yg betul2 cemerlang je dapat. semoga ain berjaya ye..
ReplyDeleteJM pernah ke UTP kerana adik JM no 5 ambil degree in Chemical Engineering selepas habis MRSM..yuran pengajian mmg mahal kos hari tu beliau buat pinjaman 75K..dan juga kawan JM dulu satu universiti juga salah seorang pensyarah kat sini so harap2 lah Ain berjaya ye..seronok kalau dpt belajar kat sini
RM78K???
ReplyDeleteterduduk sy!!!
Salam kak...masa akak interview dia tanya soalan apa je?
ReplyDelete