26 April 2015

Beg Tangan Wanita

Hari ini baru saya tahu ,rupanya  ada lapan  jenis beg tangan wanita semuanya. Banyak benar...

Mengikut tulisan Johardy Ibrahim dalam Utusan Malaysia hari ini, beg tangan wanita terbahagi kepada flat, messenger, satchel, hobo, purse, tote, doctor dan evening.

Wanita ini banyak citarasanya  , beg bekerja lain, kalau nak  bawa makan angin beg  lain, nak shopping beg lain ...heehhehe
Kalau bercuti saya selesa dengan sling beg saja. Senang galas  ... rilex sikit nak berjalan. Tangan boleh pegang kamera, ye dak?


Mari kita  lihat jenis beg-beg wanita ini.


Hasil carian imej untuk tote bag
Tote beg

Jenis ini semua di bawa membeli belah atau bagi ibu-ibu boleh isi semua barang anak-anak.
Botol susu, lampin, tuala kecil . 


Evening beg

Sesuai untuk makan malam dan digayakan untuk majlis rasmi.




Macam-macam........hobo, satchel, messenger, tote .

Hasil carian imej untuk purse gucci murah
Dulu saya ingat  purse hanya yang  macam ini.
Tapi .....sebenarnya banyak  lagi .

Iaitu beg tangan yang selalu kita bawa.

Sebab tu wanita rambang mata memilih beg tangan . 
Beg tangan wanita direka mengikut situasi dan keperluan.
Pilih yang mana sesuai dengan citarasa.
Yang penting duit mau ada...












Post a Comment