23 May 2015

Renew Pasport

Cerita tanpa gambar....
Entah mana silap , nak transfer gambar dari  telepon ke lappy tak boleh.

Sekarang ni malas nak bawa kamera  , guna  smartphone kan lebih mudah...tapi akhirnya makan diri semua gambar bersemadi di situ lah jawabnya.

Minggu lepas , Ahad bawa Shauqi ke Imigresen Kulim untuk renew pasport yang nak habis tempoh  . Walaupun tamat bulan Oktober tapi  bersiap sedialah enam bulan sebelum habis edah pastikan cepat-cepat buat nanti kena tinggal....heheheh.

Untuk renew paspot anak yang berumur 12 tahun ke bawah ( Shauqi berumur 7 tahun) pastikan anda bawa surat lahir original, papspot lama dan wang RM 100 .Salinan surat lahir dan gambar tak perlu bawa. Mudah kerja......yang bestnya tak perlu isi borang macam dulu lagi.
Harga lebih murah , tahun pun bertambah.

Kadar Baru Passport Malaysia Antarabangsa

KategoriKadar Bayaran
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atasRM100
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawahRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)Percuma

Sebarang keterangan atau maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan: http://www.imi.gov.my


Kami sampai di situ pukul 8.30 pagi beratur untuk ambil nombor. Orang punyalah ramai...dapat nombor 1127 ( baca 127). Bila dapat nombor , dia maklumkan lagi 3 jam. Pi la mana-mana dulu....dia kata.

Sedia maklum bila  hari Ahad ,  Imigresen Kulim menjadi tumpuan orang sejauh  dari Pulau Pinang, Perak dan sekitarnya. Maklumlah di negeri ini hari cuti , jadi sesuailah nak berurusan. Tapi..........yang tak syoknya  pukul 5 petang baru urusan kami  selesai.  Baru dapat pegang pasport baru dengan wajah baru.

Lama sungguh.







35 comments:

  1. Wahhhh nk g jenjalan mn ni??? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercuti dekat2 saja....janji oversea ..haahaha

      Delete
  2. Nak jalan2 sempena cuti sekolah Mei ini ke NR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancangan tu musim cuti sekolah nanti , minta2 tiada aral.

      Delete
  3. Laa..UTC Ipoh jauh ke nieda...
    kejap je siaplah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh ...dari sini dekat dgn Kulim dan penang dari ke Ipoh walaupun tinggal dalam Perak

      Delete
  4. skrg nk renew passport lebih mudah dan murah...x perlu nk bawa gambar ukuran passport lagi..yg x best tu mana2 imigresen pun mcm tu akak..mmg boleh siap satu hari tetapi kalau pegi seawal mana pun tetap akan dapat collect petang

    ReplyDelete
  5. psst : ehem2...renew passport nk ke mana tuuuu

    ReplyDelete
  6. kak Nieda..dh try install software installer KIES di PC tu

    ReplyDelete
  7. ooo sekarang xpyh bawak gambar la...
    tapi kalau nk buat border pass sempadan Thailand still kena bawak gambar gak

    ReplyDelete
  8. Wah...cuti2 oversea. Jauh atau dekat tak kisah janji dapat jalan2.

    ReplyDelete
  9. Selamat berjalan2 ke over the sea...

    ReplyDelete
  10. saya dah kene renew passport jugak nih. alahaiiii nak kene pi imigresen lagiii~

    ReplyDelete
  11. Pasport dah murah kan sekarang... senang la sikit sapa nak pi jalan2, tak la ralat sangat bila buat pasport mahai2 guna sekali dua saja.
    Seronoknya nak pi bercuti... makchaq pun nak cuti jugak.. tapi tak tau nak ke mana lagi.. sebab rancangan asal tak jadi.. anak2 x de cuti.. tapi cuti2 malaysia ja.. harap jalan x sesak la cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
  12. lama nye 3 jam..huih betabah la hati menunggu ye
    * nk kemana tu berholiday ;)

    ReplyDelete
  13. lama menunggu..tapi Alhamdulillah, siap dalam hari yang sama...

    ReplyDelete
  14. Nak ke mana tu..oh ya cuti sekolah dah dekat kan..plan elok-elok ya semoga semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  15. wahhh~ mesti nak jenjalan ni :) *lama tak singgah sini. tapi macam mana nak singgah kalau blog sendiri pun baru sekarang berupdated hehe*

    ReplyDelete
  16. Tambah pulak nak cuti sekolah ni memang sesaklah tempat nak buat passport..
    Tak buat tak dpt ikut pulak hihi..

    ReplyDelete
  17. Perak kt mne tu, sbbnye kg Cikna pun KT perak tp lg dekat nk ke Penang... Mahal jgk ye nk wat passport ni....

    ReplyDelete