14 June 2015

Moh ke Hadyaai lagi

10 JUN 2015.

Percutian keluarga ke Haayai dengan perjalanan darat  dengan dua buah kereta berkonvoi bersama abang ipar. Kami bertolak  pada 10-12 Jun lalu . Bergerak pukul 10  pagi dari rumah ,singgah di UUM jumpa  Alia (anak sulung saya). Kali ini Alia tak dapat ikut tengah exam week. Mak pun tengah exam juga , tapi sempat juga nak bercuti.

Sebelum masuk ke UUM, singgah dulu di Changlun untuk buat insuran kereta di kedai-kedai tepi jalan. Jangan lupa bawa geran kereta (fotostat pun boleh) bersama. Bayaran kali ini hanya RM 14 , harga lebih  rendah  berbanding bulan (RM 16) Disember  2014 lalu. Kami buat di kedai berhampiran Kedai 1 Malaysia berhadapan dengan Balai Polis Changlun. Untuk pemandu , tauke kedai tu tolong isikan borang putih secara  percuma.

Jangan risau , sesiapa yang  nak berkereta ke Thailand urusan sangat mudah . Semudah A,B, C. Pembelian insuran  boleh dibeli di kedai menjual insuran   yang banyak  
di sepanjang jalan sebelah kiri menghala ke utara di Changlon  . 
Tak sampai setengah jam boleh siap. 

Siap sedia nak masuk sempadan.

Kami makan di UUM alang-alang dah sampai pun dah  masuk tengahari   , sembang -sembang dengan Alia  kami pun bertolak masuk ke sempadan .


Urusan di Imigresen  Malaysia sangat menyenangkan . Hanya hulurkan buku merah untuk dicopkan. Siap! Tak payah turun dari kereta pun.

Urusan  cop buku merah di Imigresen Malaysia.

Dah siap , terus ke  sebelah Thai pula. Kereta kena parking dulu di belakang bangunan Imigresen Sadao . Kemudian pemandu dan penumpang kena berjalan ke kaunter untuk urusan cop pasport.   


 Orang tak berapa ramai di Sadao Imigresen tapi jangan lupa sediakan duit seringgit. Kalau pegawai bertugas Thai tak minta abaikan saja RM 1 tu. Sekejap dah  siap urusan buku merah. Menariknya di sini ada wifi percuma .Ada ditampal paswordnya di tiang.

Tu...kut-kut berguna ambil pasword yang diberi .






Walkie-Talkie dengan kereta  satu lagi.

Lori-lori beratur nak masuk ke Thailand . 
Kedua-dua arah, panjangnya barisan lori.
Masa balik ke Malaysia , kami jam beratur hampir 3 jam untuk masuk ke border.

Bila dah melepasi sempadan , masa yang diambil lebih kurang sejam dah sampai di  bandar Hadyai.
Jalan lurus, luas menjadikan perjalanan selesa.
Sadao- Danok- Hadyai

Kami memilih Hotel Regency  sebab parking yang luas. Lagi pun lokasinya dekat dengan restoren halal , night market dan  agak strategik membeli belah.  kalau rasa tak  cukup  makan pulut mangga boleh turun beli  naik makan kat bilik.

Restoren Salma , Hamid Restoren dan restoren Kelantan adalah berhampiran dan senang dicari dan boleh berjalan kaki saja dari hotel. 


Anak-anak dan anak buah.



Kali ini bawa anak bujang . Anak dara ada exam week..



Bilik hotel.

Basic 

wangi-wangian

Ada bathtab juga

Kolam renang

Soket tiga lubang .

Tak ada masalah nak cas telepon, kamera atau power bank.
Namun , takut  terjadi seperti sebelum-sebelum ini semua hotel di hadyai menggunakan soket 2 lubang , plug international haruslah dibawa bersama.


Roger...roger paklong Shauqi di sini.

Abang-abang semua naik kereta paklong. Tinggal kami tiga beranak saja dalam kereta sendiri.


Bercutian 2 malam di Hadyai, bersama abang ipar yang baru pertama kali ke sana.

Nanti saya updet lagi , lawatan kami ke Ice Dome pula.



28 comments:

  1. Wah senang dan simple.. guna gps ke waze masa di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jln lurus....X ada simpang mana pun.Kami ikut signboard saja.sgt mudah.

      Delete
  2. tak pernah ke sana nampak macam mudah je teringin juga menerai nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah...berbaloi berkereta.Tapi pastikan isi minyak penuh di malaysia

      Delete
  3. Kak zai belum pernah pergi rasa teringin juga bila nieda kata mudah untuk ke sana.

    Sedapnya pulut mangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni memang layan pulutmangga habis-habisan

      Delete
  4. kak hotel ni brapa RM satu mlm mcm menarik je...nnti share ye bleh bwk mak ayah becuti ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni rm 120.Tapi kalau pandai cari ada yg bawah rm100 pun ada.kebersihan memang tiptop

      Delete
    2. ni akk masuk ikut imgresen bukit kayu hitam tu kan?

      Delete
  5. belum pernah sampai ke sini..makan2 kat sini best katanya..

    ReplyDelete
  6. ke sini rupanya..ingat last entri kak Nieda ada cakap pegi buat passport tu kan...wah..rasanya baru je ke Hatyai kan...tahun ni ke hujung tahun lepas ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat paspot utk shauqi, renew dah cukup 5 tahun.org lain ok lagi boleh guna.

      Delete
  7. satu yg JM musykil....klau masuk hatyai dgn kenderaan sendiri kenapa perlu buat insuran kereta tu eh kerana ini bukan local car or mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insuran kereta untuk masuk.ke thailand ,JM.ada byk kedai yg boleh kita singgah di changlun.Buat di situ....Macam kebenaran masuk dgn keretakan ke sana.

      Delete
  8. Amboi... dah.macam balik kampung dah pi hatyai ni ye cikgu..
    Macam barunja baca cikgu pi sana teruih sampai rentas sempadan...

    ReplyDelete
  9. Ya makchaq..la ni jln naik kereta saja nampak gayanya sebab bos takut naik kapal terbang pula dah.

    ReplyDelete
  10. Wah Hatyai lagi..untunglah Nieda dah dekat ke sana.klau nekcik kna singgah singgah sana sini baru boleh lpas ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik, abang ipar saya tu dari senawang

      Delete
  11. Nak jugak KIV untuk tahun depan kot

    ReplyDelete
  12. mesti meriah kan p bercuti ramai2 macam nie..hehe

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. bawa kereta wajib ambil insurans ..tak mahal . tak sampai rm20 pun

      Delete
  14. Percutian yg indah untuk dikenang pastinuya Nieda
    Selamat menyambut ramadhan dari kakak

    ReplyDelete
  15. kalu sy dkt mau tiap2 bulan sy g oversea ni ;-)

    ReplyDelete
  16. saya yang dekat sikit ni pun jarang berkereta masuk sempadan. ada tak de p makan kat danok saja, huhu

    ReplyDelete
  17. saya yang dekat sikit ni pun jarang berkereta masuk sempadan. ada tak de p makan kat danok saja, huhu

    ReplyDelete