20 July 2015

Pasar Pagi Hadyaai



Semat hari raya semua....masing-masing masih sibuk beraya ni.....semua masih senyop tak berupdet lagi blog memasing. 

Meh layan cerita Hadyai yang tak habis-habis lagi.

........................................................................................................................................................

Hari ini hari kedua kami di Hadyai, hari last dah. 
Kami bercadang nak ke  Pasar Pagi Hadyai sambil nak bersarapan sekali .
Kut-kut kat pasar-pasar ni murah sikit  berbanding makan di Restoren bagai.
Tapi tak dak maknanya..... sama ja harga lebih kurang . Tapi kami makan nasi putih berlauk daging, roti canai 10 keping( biasa dan spesial), air teh panas dan milo ais   untuk 11 orang.
Dah makan tu bayar sajalah...hihih.

Keychain dari benang bulu kambing ....4  for 100 baht. 
Beli di Pasar Malam masa keluar dinner.

Ni ...anak-anak suadara saya punya . Nasib baik  Shauqi tak terjebak sama.
Bukan apa , bila balik nanti benda-benda ini  ada yang duduk bawah katil , bawah kerusi ke... 

Ni pula  hotel kami menginap. Shot dari tempat parking kereta sementara tunggu suami dan abang ipar selesaikan urusan chekout.Hati-hati ya...jika anda turunkan tilam tapi biarkan tak letak balik ditempat asal, penalty you !! 500 baht kau...sayang oii ... banyak tu boleh beli t-shirt 5 helai lagi  .


Suami saya minta motor teksi ( pakai vest merah) tolong bawa ke Pasar Pagi.
Nanti bayar dalam 40-50 baht bila dah sampai.
Hujung tahun lepas , masa nak cari Hotel Kosit kami guna khidmat diorang juga lepas pusing 5-6 kali tak jumpa-jumpa hotel.



Ni ha ....teksi motor .
Pakcik ni bawa penumpang sekali sambil tunjuk jalan .


Dah sampai pasar pagi. Macam-macam ada jual  di sini. Kalau tak cukup duit , money charger pun ada di tingkat bawah bangunan tepi tangga untuk naik ke tingkat atas dari  sebelah kawasan parking kereta.

Ini buah laici ...besar dan ranum. 
120 baht sekilo. Lalu depan kedai makcik ini untuk naik ke tingkat atas. Deapn tu money charger.

Kekacang.

Dah sampai nak makan.
Di bahagian atas bangunan ini terbahagi dua bahagian  tempat makan kiri dan kanan.  Satu halal dan satu lagi non halal.

Makan nasi putih. 
Masakan macam lauk melayu kita juga.

Lepas makan  kami ronda-ronda dalam tu... tapi kedai-kedai barang terletak di bahagian bawah .


Sementara tunggu makanan sampai ....saya perhatikan jualan di bawah. 
Teropong harga dulu....hehehheh.

Shauqi ... dari atas.

Laici

Durian Siam

Buah naga

Mangga ..kami beli mangga hijau ni. Masa nak beli , dia bagi rasa ....manis ,sedap  ,lemak.
Isi dia warna oren. Tapi bila sampai rumah tak boleh makan lagi  , tak masak  keras pula tu. 
Kena tunggu seminggu baru boleh makan.

Abah borong mangga .




Masa ni dah penghujung di Hadyai sebelum bertolak balik ke Malaysia.



Nanti kita cerita-cerita lagi....























Post a Comment