25 December 2015

PADANG BESAR -KRABI - PHUKET -HADYAI MELALUI JALAN DARAT


Hari pertama di Krabi.

Kalau nak suasana happening , anda boleh mencari hotel di sekitar Aonang yang lebih meriah.

Perjalanan kami dipermudahkan ada saja orang yang menolong.
Memalam kami tiba , untuk mencari  hotel  ada perempuan Thai yang kami jumpa di stesen minyak yang membantu tunjuk arah sehingga ke hotel. Dia baru balik kerja , masih beruniform  lagi.

 Sekali lagi kami dipermudahkan  , kami jumpa Haji semasa berhenti di  masjid di Krabi  semasa solat zuhur (dalam perjalan ke Phuket) menolong kami  tunjukkan kedai makan halal  ( dah lapar ni ) dan bawa kami ronda Aonang, tunjukkan muzium fossil (75 juta tahun) dan tunggu kami selepas  balik dari Phuket untuk tolong baiki kereta sahabat kami  yang rosak. Dia menghantar sehingga kami bertolak balik ke Hadyai  pada malamnya. Kami berpisah di jalan besar sebelum berpisah di persimpangan . Dia pula bergerak  menuju ke rumah nya.

Alhamdullillah...segalanya dipermudahkan.






Beza masa  dari pintu masuk sempadan ke Krabi.


Kami mengikuti jalan dari Padang Besar -Hadyai- Trang - Krabi. Memandangkan kami berkonvoi 4 buah kereta  (4 keluarga) kami kerap berhenti untuk urusan  makan , solat,  tandas dan juga minyak kereta. Maka pada hari pertama kami tiba di Krabi hampir pukul 11 malam.
 Tu dia aihh...

Kami menginap di Green House Hotel setibanya di Krabi. Malam tersebut hanya transit sahaja sebelum bertolak ke Phuket pada esok paginya . namun apa berlaku adalah sebaliknya walaupun semua bersedia bergerak, tetapi sebuah kereta dari rombongan kami tidak boleh bergerak. 
Ambil masa menunggu , lewat juga kami bertolak ke Phuket pada hari tu.Haaa... sudahh....tunggu punya tunggu , ingat dia tak boleh  undur rupanya gear tak boleh masuk. Kami  yang lain pun patah balik ke hotel. Terpaksa buat solusi baru...menunggu lama juga sebelum kata putus diambil. 

Tunggu makanik  sampai dan sebagainya.
Namun ada hikmahnya juga , sempatlah kami melawat ke pasar pagi di Krabi yang terletak dekat dengan hotel Green House tu. Boleh jalan kaki ke situ tak sampai 5 minit .
Kami bersarapan pun di  situ juga sambil jamu mata melihat jualan  dan melihat orang Siam membeli belah barang dapur.





Makenik Nissan nak  tunggu barang dari Bangkok pula...
Akhirnya , kami tinggal kereta di hotel , kami terus bergerak ke Phuket .
Makan ribu juga kalau nak baiki kerosakan ...huhu.
Namun ...setelah balik dari Phuket kereta dapat bergerak semula hanya ganti minyak gear  yang dah kering.
Kus semangat. selamat ribu-ribu. 






Green House Hotel , Krabi
Berada di tengah simpang. Ada dua pintu masuk  ke hotel sebelah  kanan dan kiri.Di sebelah kanan hanya ada hutan dan berbukit. Sebelah kiri ada shoplot dah Maharaj Market.

Bilik airnya..cukup semua ada.
Tapi sayang , gambar bilik tak ambil sebab lampunya sangatlah malap.
Dah sampai pun tengah malam , tak nak kecoh-kecoh . 
Badan pun letih...zzzz 

Wifi pun ada ..berdesup ke dalam bilik.

.
Suasana pagi dari bilik kami.


Untuk ke pasar pagi kita cross bangunan di depan tu ...ada lorong kecil terus nampak pasar pagi di Maharaj Market.

*Google 




Masjid ... kami berhenti solat zuhur  dan makan tengahari di sini sebelum menuju ke Karbi.
Lama lagi ooo...lebih 4 jam nak sampai.
Ada kedai  makanan halal di tepi masjid.
Jumpa masjid , ada lah penempatan muslim.
Adalah kedai makan halal.


Kedai makan muslim yang berwarna peach.
Kawasan ini  setelah 40 minit kita masuk ke sempadan dari Padang Besar .

.......................................................................................

Sambung balik ....di Krabi


Buah-buahan 


Besar-besar cendawan ni...sekilo 150 baht. 
Teringin ...beli 1/2 kilo. Sedap msak gulai lemak cili padi campur udang .
Akhirnya busuk je... buang saja la jawabnya.



Geram...  anggur sekilo 8o baht


Buah epal hijau ,merah 

Delima sebji 15 baht...manis .
Delima tanpa biji  dijual 80 baht satu .

Delima




Carnation




Teratai masih belum berkembang (berbungkus)


Labu ..sayur-mayur 

Kekwa kuning , putih

Teratai belum berkembang (berbungkus)



Ros ..wangi


Dalam pasar ...ikan , sotong,  udang kering...murah.
Sempat juga beli di gerai makcik muslim di gerai sebelah. 
Tawar menawar guna kalkulatur saja.


Maharaj Market ada juga kedai jual  tshirt, selipar, tudung, jubah (kedai muslim).
Bolehlah beli selipar untuk ke Island hopping di sini.
Harga .....Tawar jangan tak tawar.


Ini di kedai depan market 
Kedai jual barang-barang perkakas kuih -muih.


Dia dah berkenan.


Pinggan mangkuk..cuci mata  sementara tunggu kereta yang rosak tadi .
Mak-mak meronda , anak-anak tunggu di hotel dengan bapak-bapak.
Eh...cantik pula mangkuk bunga biru tu.



Banyak patung di bina di lampu isyarat. 
Untuk ke Green House Hotel ada patung gorilla sebagai tanda jalan.


Jalan yang luas dan lurus ...selesa nak memandu.


Krabi ke PHuket ...lupa dah?



Walkie talkie sangat membantu
Menunggu sebuah kereta  yang tersilap arah..Masa ini nak  mencari hotel di Phuket.
Kami  berada di jalan Kathu.

Masih menunggu ....

Dari 4 buah kereta dari Malaysia dah jadi 3. Satu terpaksa tinggal di Krabi .
Nasib baik semua  ahli rombongan boleh bergerak sekali.   Dalam perjalanan kami berhubung dengan walkie talkie ...senang nak minta berhenti ke tandas ke , minyak habis ke . 



**Nanti sambung cerita di Phuket pula.
Jangan jemu ye...




26 comments:

  1. menarik juga tengok gambar2 tu

    ReplyDelete
  2. Hmmmm...best nya baca cerita jalan2.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Wah-wah...di Krabi....nak pi sana juga...bunga2 tu memanggil2 agar ke sana...

    P/s biji benih tu benih kailan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kailan...sedP TU GORENG DENGAN IKAN MASIN ..TQ, TQ

      Delete
  4. Penting guna walkie talkie rupanya Nieda ya.. semangat setiakawan sangat teruji bila berkonoi macam ni. Dan suami CM bukan jenis macam tu. Dia lebih rela pergi sendiri-sendiri hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berkonvoi mesti tetapi masa ...paling penting. jika tidak ada tempat tak boleh singgah. yg bagusnya silatulrahim terjalin antara rakan ...ada yg baru berjumpa kali pertama

      Delete
  5. Macam teriingin lah nak ke Krabi.. anak yg kecik tu asyik cakap je nak ke sini.. nak kena carik gak lah flight.. i tak leh nak berkonvoi lah kann..

    ReplyDelete
  6. dgn flight jimat masa...kalau dari KL , fuh kusssss semangat kematu punggung duduk dalam kereta.
    Dari Krabi lebih murah bagi pakej island hopping berbanding dari Phuket

    ReplyDelete
  7. nak berjalan jauh, kenderaan kena tip-top..tapi Alhamdulillah, masalah dapat diselesaikan...takleh percaya sangat mekanik ni..

    delima tanpa biji..bestnya, yang ni kot depa selalu buat jus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. delima yg ni mahal...sebiji pun 80 baht
      tapi yg 1.50 sebiji pun dah manis bersari

      Delete
  8. tu dia.

    siap ada wifi lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka wifi....walkie talkie.
      free ...

      Delete
    2. kenapa saya tidak boleh ke blog Encik X? tidak ingin berkongsi?

      Delete
  9. Boleh dicuba cara ni...santai2 ikut masa sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman berbeza dari darat ...selalu kut atas saja

      Delete
  10. Hi, perkongsian yang menarik. Done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  11. Assalam. Tak dan lagi ke Krabi. Jgn kata Krabi, Perlispun tak sempat sampai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumssalam.....
      nasib baik dan singgah sini
      TQ

      Delete
  12. Tak pernah jejak kaki negara jiran nih huhu :)

    ReplyDelete
  13. Seronok jugak konvoi konvoi gitubye Nieda tapi nekcik tak berani sebab cik angsa nekcik ni dah tua..tskut jugak dia majuk klau tak kna gaya hu..hu

    ReplyDelete
  14. Seronok jugak konvoi konvoi gitubye Nieda tapi nekcik tak berani sebab cik angsa nekcik ni dah tua..tskut jugak dia majuk klau tak kna gaya hu..hu

    ReplyDelete
  15. 75 juta tahun? erk...susah nk kira ni...

    ReplyDelete
  16. Kmi x ke phuket pon nieda... x larat mo drive dah...haha.. naik flight ler pulak lain x...kikiki... sya pon suka pasar tu, mcm2 blh tngk

    ReplyDelete