Buat Duit

Wednesday, January 27, 2016

Hotel di Krabi, Phuket dan Trang

Mai  kita sambung cerita makan angin ke Thailand hujung tahun lepas. 
Kami pergi berkonvoi dengan 4 buah kereta dari Malaysia. Dengan kawan-kawan yang selalu berjalan juga ...yang pernah ke Indonesia dan Vietnam  sekali. 

Semalam  di Krabi dan dua malam di  Phuket telah ditempah awal  melalui agoda . Di Krabi kami menginap di town di Green House Hotel dan di Phuket pula di Lamai Inn .Kerja booking ini dibuat secara group , ada yang tolong bookingkan untuk semua ahli rombongan .

 Malam terakhir kami singgah tidur  di Trang sebab dah jauh malam untuk terus ke Hadyai. Di Trang kami tidur di Eco Inn. Hotel baru lagi ....nasib baik dapat yang ok sebab dah malam  . Yang ni tak tempah awal , pakai gamble je ...jumpa hotel kita singgah . Semua dah letih dan mengantuk . Itu pun tercanggak-canggak tak nampak hotel memalam ni...nasib baik ada member yang nampak signboard sebab hotel ini terletak ke dalam sikit dari jalan utama.


Hotel Green House , Krabi


Green House Hotel , Maharaj Road,
Krabi.

Standard Room.


Lobi

Reseptionist



Tanda ke hotel...gorilla di lampu isyarat

* Semua gambar di atas dari sumber google



                                             Green House Hotel dari sisi (kamera sendiri)

Marmar sampai ke  atas....



Lamai Inn, Phuket


Walaupun 2 malam  bermalam di sini tapi tak banyak gambar sekitar hotel. Jadilah 2 keping sebagai bukti dah sampai di sini.









Hotel Eco Inn, Trang


Eco Inn, Trang

Hampir jam 12 malam baru kami sampai di sini selepas bertolak balik dari Krabi. Kami ikut jalan shotcut yang di tunjuk oleh Haji yang kami jumpa di Krabi semasa kami mula sampai . Dia yang bawa kami cari kedai muslim, ke masjid bersolat sekali  dan bawa melawat  ke tapak fosil yang berumur 75 juta tahun di Krabi..... 75 juta tahun tu.   Dan yang penting ditunjuk kedai murah nak beli tshirt dan souvenir .  Nanti saya upkan cerita di entry yang lain fasal fosil ni...
Tapi jalannya gelap, lalu kut hutan dan hanya berselisih sebiji dua kereta sahaja .Kalau kami sekeluarga saja ..cuak juga  tapi nasib baik kami ramai. Perasaan takut tu kurang sikit laa...


Selepas melilau cari hotel dapat lah hotel ini....itu pun dah terlajak . Nasib baik member di belakang ternampak signboard hotel.  Semalam dapatlah harga 900 baht sekali sarapan....ada kuih onde-onde, roti , kopi dan teh. Siapa berani bolehlah makan tanpa was-was .

Eco Inn- Pendaftaran

Dari tingkap bilik kami tingkat 4...nampak kejiranan di luar sana.


Koridor



Boleh sewa bagi yang berhajat nak meronda.

Lobi depan

Bilik air bersilau-silau lagi.

Sisi pandangan sebahagian Trang dari tingkat 4  


Senyum sokmo


Orkid di pokok ...kreatif .
Di belakang motor pink ......

Deretan basikal untuk disewa.


Kami berlima beranak.
Kakak-kakak tak ikut kali ni .
Cuti tak sama.



Harga di hotel -hotel ini  semua bawah seratus. Tapi keadaan bilik , bilik air
 adalah memuaskan , bersih dan selesa. 
Itu satu faktor menarik untuk bercuti di Thailand bagi kami.

Tq abang sado akak yang memandu beratus-ratus kilometer.



Daa......
Sampai jumpa lagi...




12 comments:

  1. Seronok dapat holiday dengan kawan-kawan begini. Hotel-hotel cantik nampak mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SesekalI melihat tempat org adalah satu.kepuasan..hanya.percutian bajet

      Delete
  2. Seronoknya mengembara melihat tempat orang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar melepas lelah setahun.bekerja kak nor.....jalan dekat2'saja

      Delete
    2. Sekadar melepas lelah setahun.bekerja kak nor.....jalan dekat2'saja

      Delete
  3. bila lah kaknoor nak sampai thailand ni nampak cantik dan mewah hotel nya nieda

    ReplyDelete
  4. Kak Zai belum sampai ke Thailand lg teringin juga pergi. Cantik dan bersih hotelnya. Suka tengok orkid kat pokok tu.

    ReplyDelete
  5. Besau jugak room dia... Boleh guling2... Ahaksss...

    ReplyDelete
  6. Insyaallah akan direfer apabila ada rezeki ke sana insyaallah...tthanks for sharing ye Nieda
    Mcm best jer mcm best jer

    ReplyDelete
  7. Insyaallah akan direfer apabila ada rezeki ke sana insyaallah...tthanks for sharing ye Nieda
    Mcm best jer mcm best jer

    ReplyDelete