10 January 2016

Perjalan Dari Krabi ke Phuket Melalui Jalan Darat

Hari kedua selepas selesai  settle kereta ahli rombongan yang rosak , kami pun bertolak ke Phuket. 
Baca di SINI JUGA.
Jauh juga , katanya lebih 4 jam perjalanan  untuk sampai ke Phuket.
Bila bertolak lewat dari jadual, ( rasanya dalam 11 pagi ) itu begini , singgah sana , singgah sini, solat , makan , ke tandas, terlepas simpang , tersilap jalan ....... kami sampai di Phuket  hampir pukul  7 petang.

Perjalanan darat ini , walau habis masa di jalan tapi enjoy tengok kehidupan dan budaya  di tempat orang. Ada yang tak pernah kita jumpa di tanah air ada di sana.  

Apa yang saya nampak di Thailand  , rakyatnya sangat menghormati raja mereka. Gambar raja Thai diletak di kaki jalan yang bersaiz besar  ...dari jauh dah nampak. Jangan ada rakyat yang kurang ajar dengan raja nanti ada yang masuk penjara.

Banyak Kedai 7E  di Thai....kita akan jumpa di petrol pam, di bandar - bandar apa la lagi, 
selang 500m boleh nampak 7E .
Tapi yang seronoknya ....barang murah . Saja je cari jalan nak masuk 7E bila  berhenti di stesen minyak untuk jamu mata pun jadilah. Lagi satu di sediakan kerusi panjang untuk pelanggan duduk di luar  bangunannya. Bolehlah rilek -rilek sat sambil makan jajan.

Satu lagi...masa berhenti di trafiklight...kereta bagi tahu (melalui walkie talkie)......cuba pandang sebelah kiri ada b**i sekor. Orang bela b**i macam bela anjing atau kucing di Malaysia.Daging b**i pula dijual di atas pangkin macam orang jual daging lembu musim nak raya. Boleh terperasan tu ada gambar kepala binatang tu di pangkin  jualan. Tapi yang ni kira kawasan kampung dah...di bandar ada pasar khas macam di pasar Maharaj di Krabi tu.


Nampak tak kerusi kayu di situ?




7E

Jalan ke phuket


Hari dah petang....tak sampai-sampai lagi.


Kematu dok dalam kereta.


Phuket dah ...tuk-tuk merah.

Patong  City

Ada lagi Makro di sana...on the way ke Phuket.


Dah sampai ...tengah cari hotel. Nampak kedai jual lukisan .Kedai ini di simpang jalan.



Cuci mata la...

Patong Beach....saya tak pergi pun ke situ.Tengok dari dalam kereta saja.
Memang meriah orang beriadah.


Patong Beach lagi...cari hotel tak jumpa sampai dua tiga kali pusing.





Simpang empat yang sibuk di Phuket....hala ke Patong beach.

Lagi...

Pemandangan di Phuket.

Lega seharian di dalam kereta , akhirnya sampai juga di Phuket.Tahniah driver-driver kami semua.
Kerana cik abang lah mak-mak sampai juga ke sini.




Post a Comment