Terkebil-kebil mata depan PC ...tak reti nak tulis apa. Gambar dah masuk lama tapi tak publish dek kesuntukan masa.
Cerita ke Phuket-Krabi hujung tahun lepas....Haa kan dah lama .
Tapi kenangan kalau tak mahu hilang biarlah kita blogkan ...ye dok?
Meh kita mulakan..
Batu seketul yang menjadi trademark ini memang menjadi ingauan sejak sebelum bertolak lagi. Nampak macam rare sangat .Kalau pergi tu naklah bergambar puas-puas.
Batu seketul di belakang tu.
Budak kecik tu nak mandi ...tapi tak sesuai pulak di situ.
Dari sini kami di bawa untuk makan tengahari di Pulau Phayee . Ceritanya ada di blogkan dulu.
Kalau terlupa boleh Baca di sini
Menariknya pulau yang kami singgah ini , bukan sahaja ada restoren muslim untuk menjamu selera tetapi menariknya di sini merupakan penempatan orang Islam yang khabarnya datang dari kepulauan Indonesia dan terus menetap di sini. Sayangnya mereka tidak pandai berbahasa Melayu tetapi boleh berbahasa Inggeris . Mungkin pulau ini merupakan tempat tumpuan pelancong singgah.
Di sini juga ada sebuah masjid yang boleh nampak dari atas bot lagi. Dari kejauhan sudah nampak kubah besar kuning berkilauan di panah cahaya matahari.
Teruja nak singgah nak tengok dengan mata sendiri.
Tapi jauh nak menapak ...dalam 20-30 minit dari restoren kami makan tadi.
Nampak tak , nampak tak ?
Dalam dok orang mencari rupa-rupanya ...
Suami saya , shauqi (harus ikut bapa dia) dan abang dalam group kami dah pergi berjalan kaki ke sana selepas solat zuhur di restoren. dah alang sampai tu, wajib ziarah la kan.
Semua gambar ini adalah dari telefon suami saya...mereka pergi diam-diam . Jenuh mencari mana hilang , sekali Shauqi pulak tu. Mak dah risau ni ..
Meh kita tengok gambar
Papan tanda ...Phanyee Darulsalam Mosque.
Dua tingkat
Menara
Besar juga dan bersih.
Pintu utama
Kubur
Ruang solat.
Mimbar.
Abang baju kuning tengah buat lawatan...
Dari tingkat atas masjid .
Kelihatan bumbung rumah penduduk di sini.
Warga kampung Panyee.
Sukanya bila sesama muslim dapat berjumpa.
Kalau dilihat dari senibina masjid ini, perkembangan Islam masih kuat .Jurujual cenderamata juga menutup aurat . Raut wajah ada iras Arab pula sekali pandang.
Lawo laa..
Selain menjamu selera , boleh juga membeli cenderamata . Ada tshirt, keychain, baju-baju maxi batik yang macam dari Indon tu, topi, keychain dan sebagainya yang dijual di sini. Surau kecil di bahagaian atas disediakan untuk yang nak bersolat.
Tandas pun ada jadi boleh melepaskan hajat sebelum meneruskan lawatan seterusnya ke pulau-pulau lain.