10 June 2016

Berakhir sudah


Salam Ramadan  semua ...wah punya lama tak update blog.Hampir 3 bulan, Hari berganti hari, Masa berlalu begitu cepat. nak menulis pun rasa dah tumpul idea.

Meh sambung cerita...


Rabu yang lalu berakhirlah untuk  peperiksaan terakhir bagi pengajian sarjana di USM,  Research pun dah sudah , viva dah lepas , exam dah habis...lega sungguh.

Alhamdullilah sepanjang berulak alik tiada masalah terjadi .Jauh juga perjalanan ...kereta rosak ke, tayar  pancit ke, kena clam tayar di USM ke...RM 50 juga tu kena bayar bila silap parking.
balik malam sorang-sorong  semua dah lalui . 
Tinggal tunggu keputusan exam.
 Harap-harap berjaya.

Di bawah ini gambar kenangan kami (sebahagian ahli kelas) selepas  exam.
sebelum keluar dewan kami dah bersalam dan berpelukan. Sedih pulak nak berpisah. Padahal bila time kuliah dan toturial macam malas jeee.. jangan tiru perangai mak ye ....hihi.

Mengenali teman-teman sekelas adalah pengalaman penuh bermakna.
Semoga persahabatan akan terjalin untuk selamanya.


Setengah lagi  dah balik .
Kebetulan  nak bergambar , tak rancang pun


Adakah ada di antaranya akan menyambung ke fasa seterusnya?

Untuk teman-teman teruskan perjuangan .

Biarkan kenangan itu abadi di sini.


Post a Comment