Buat Duit

Saturday, June 11, 2016

Masjid di Pulau Phayee- Masjid Phayee Darulsalam di bumi Siam

Terkebil-kebil  mata depan PC ...tak reti nak tulis apa. Gambar dah masuk lama tapi tak publish dek kesuntukan masa.

Cerita ke Phuket-Krabi  hujung tahun lepas....Haa kan dah lama . 
Tapi kenangan kalau tak mahu hilang biarlah kita blogkan ...ye dok?

Meh kita mulakan..

Batu seketul yang menjadi trademark ini memang menjadi ingauan sejak sebelum bertolak lagi. Nampak macam rare sangat .Kalau pergi tu naklah bergambar puas-puas.


Batu seketul di belakang tu.
Budak kecik tu nak mandi ...tapi  tak sesuai pulak di situ.

Dari sini kami di bawa untuk makan tengahari di Pulau Phayee .  Ceritanya ada di blogkan dulu.
Kalau terlupa  boleh Baca di sini

Menariknya pulau yang kami singgah ini , bukan sahaja ada restoren muslim  untuk menjamu selera tetapi menariknya di sini merupakan penempatan orang Islam yang khabarnya datang dari kepulauan Indonesia dan terus  menetap di sini. Sayangnya mereka tidak pandai berbahasa Melayu tetapi boleh  berbahasa Inggeris . Mungkin pulau ini merupakan tempat tumpuan pelancong singgah.

Di sini juga ada sebuah masjid yang boleh nampak dari atas bot lagi. Dari kejauhan sudah nampak kubah besar kuning berkilauan di panah cahaya matahari.
Teruja nak singgah nak tengok dengan mata sendiri.
Tapi jauh nak menapak ...dalam 20-30 minit dari restoren kami makan tadi.


Nampak tak , nampak tak ?

Dalam dok orang mencari rupa-rupanya ...

Suami saya , shauqi (harus ikut bapa dia)  dan abang dalam group kami dah pergi berjalan kaki  ke sana selepas solat zuhur di restoren. dah alang sampai tu, wajib ziarah la kan.

Semua gambar ini adalah dari telefon suami saya...mereka pergi diam-diam . Jenuh mencari mana hilang , sekali Shauqi pulak tu. Mak dah risau ni ..

Meh kita tengok gambar


Papan tanda ...Phanyee Darulsalam Mosque.


Dua tingkat


Menara

Besar juga dan bersih.

Pintu utama

Kubur

Ruang solat.

Mimbar.
Abang baju kuning tengah buat lawatan...

Dari tingkat atas masjid .
Kelihatan  bumbung rumah penduduk di sini.

Warga kampung Panyee.

Sukanya bila sesama muslim dapat berjumpa.

Kalau dilihat dari senibina masjid ini, perkembangan Islam masih kuat .Jurujual cenderamata juga menutup aurat . Raut wajah ada iras Arab pula sekali pandang. 
Lawo laa..

Selain menjamu selera , boleh juga membeli cenderamata . Ada tshirt, keychain, baju-baju maxi batik yang macam dari Indon tu, topi, keychain dan sebagainya yang dijual di sini. Surau kecil di bahagaian atas disediakan untuk yang nak bersolat.
Tandas pun ada  jadi boleh melepaskan hajat sebelum meneruskan lawatan seterusnya ke pulau-pulau lain.




24 comments:

  1. Sekali pandang lawo... Dua kali pandang... Masuk minang.. he he he....

    ReplyDelete
  2. aip...nak minang sape pulak ni..yg last tu ke ? kehkeh

    ReplyDelete
  3. i pun ada bergambar kat batu seketui tu.. trademark lah katakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kan... batu seketul yg menjadi trademark
      mestila kan bergambar?

      Delete
  4. Eloklah tu neida blogkan je bila kenangNan bermain dikepala sayang boleh jugK kaknoor merasa jln jugak walaupun sebenarnya belum sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan berjalan , resepi semua masuk blog
      senang nak cari balik kalau terlupa
      jangan terlupa pasword sudah ..hehhe

      Delete
  5. Eloklah tu neida blogkan je bila kenangNan bermain dikepala sayang boleh jugK kaknoor merasa jln jugak walaupun sebenarnya belum sampai

    ReplyDelete
  6. besar masjidnya..mesti ramai org Islam di pulau ni..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. ya..mungkin sebab majoritinya orang Islam

      Delete
  8. salam.kak..nak tau tentanfg rehal kayu yang posting lama tu dulu?ada lagi?
    0139274177

    ReplyDelete
  9. Betul Nieda... kalau baca di blog2 lain, ramai penulis menjadikan blog ni sebagai diari kehidupan mereka secara tak langsung.

    ReplyDelete
  10. Hee samalah, kadang2 datang writers block tuh kan (ceh macam tulih novel gayanya hehe)

    ReplyDelete
  11. ada blog ni best kan..boleh buat cam diari, tulis apa yang terjadi, mana kita jalan jalan dan masak apa hari ni. Boleh jadi bacaan anak dan cucu nanti

    ReplyDelete
  12. hye kakak.. maafin guwe lama ngak bertandang sini.. kesibukan..

    ReplyDelete
  13. betul.. xmo lupa kenangan tu kenalah tulis dalam blog ye dak =D

    ReplyDelete
  14. sambung komen.. tadi keluar nyopping hahaa..

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dapat berjalan-jalan ke sana.

    p.s: Selamat Hari Raya buat sis Nieda n family. =)

    ReplyDelete
  16. Salam. Menariknya pengalaman. Oh ya, selamat hari raya! :)

    ReplyDelete
  17. Pulau Phayee? tu mcm batu seketul tu cam kat James Bond Island jek...ke dah tukar nama skrg?

    ReplyDelete
  18. lahh...shauqi pegi diam2 tinggal Ibu eh?

    ReplyDelete
  19. sekali pandag iras Arab..kalau dua kali pandang?..ada iras SS tak ke keh keh

    ReplyDelete