Buat Duit

Tuesday, December 27, 2016

UMRAH 2016

Assalamualaikum.

Lama tidak menulis menjadikan otak kering idea......huhuhu. Bagaimana nak bermula, payah sekali .

Jauhkanlah dari rasa riak dan takbur untuk aku menulis kembara umrah  ini.

Mari kita mulakan .... awal Disember , 6 -16 Disember kami 3 beranak menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah. Sebelum berangkat ada juga dugaan  yang datang.  Emak  terkena minor strok anggota sebelah kiri tangan dan kaki. Tapi boleh berjalan cuma terasa berat .Emak , kami bawa berurut dan fisioterapi .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Wafi, abah dan emaknya.

Kami berdua suami isteri sudah  berkira-kira siapa yang akan tinggal untuk jaga anak-anak dan mak.
Namun rezeki Allah , emak beransur pulih dan ada adik dan emak saudara yang akan membantu di rumah kami sepanjang kami tiada. 

Saya percaya kata-kata kalau dah sampai seru...kita akan menjadi tetamu Allah jua.
Pada mulanya , suami mengoffer anak ketiga , si  abang pada anak  yang kami bawa. ini  Tapi si abang tak nak pergi. Jadi tawaran dapat ke adik  yang menunjukkan keterujaan
nya untuk ke Tanah Suci. Dipendekkan cerita dapatlah adik ikut kami berdua.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kaabah di Masjidil Haram

Ini ada lagi satu cerita .....sebenarnya umrah kali ini turut disertai oleh abang dan adik sebelah suami saya. Kami tak berjanji pun nak pergi pada bulan yang sama, Tup-tup masa raya puasa hari tu baru  tahu bila masing-masing berkumpul di kampung. Walau pun  masing-masing pergi dengan pakej yang berbeza tapi tarikh tak lari jauh.


Dalam hati masing-masing berdoa dapatlah bertemu 3 beradik di sana.
Tapi hari demi hari berlalu begitu sahaja. Tak nampak rezeki nak terserempak.  Malam terakhir sebelum Abang Lan di Mekah sebelum bertolak ke Madinah berjumpa juga akhirnya. Tapi dengan si adik , Liza tak jumpa sampailah  balik ke Malaysia.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Abang dan adik bertemu jua di hadapan Kaabah.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Masa ini, sesudah Isyak di pintu 93.
Rezeki berjumpa di Masjidil Haram sukar nak ditafsirkan dengan kata-kata.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ini pun rezeki juga....diajak naik kereta golf (yang  selalu orang guna di hotel-hotel ) selepas balik dari Masjidil Haram.  Saya tak tahu nak sebut apa kereta jenis ini...hehhee.
Kalau nak menapak jauh juga nak sampai hotel.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bersama kawan sekolah ...saya , Pizah dan Ana di Masjid Terapung Jeddah.

Ini umrah kedua bagi saya dan umrah ini sangat istimewa.
Selain dapat bawa anak walaupun sorang, saya juga kembara umrah bersama tiga sahabat dari zaman sekolah menengah lagi. seorang lagi Azimah tiada dalam gambar. Secara kebetulan juga datang dengan pakej yang sama. Wah...manisnya kenangan umrah kali ini.


Wassalam....nanti kita sambung lagi.







14 comments:

  1. Alhamdulillah... smpi jua akk ke sana sbg tetamu-Nya

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah dah balik rupa nya ya Nieda
    syukurlah semuanya di permudahkan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur kak dpt gi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur kepada allah dipermudahkan perjalanan

      Delete
  4. best nya.. bila agak nya dapat kesana lagi..

    ReplyDelete
  5. Teringin juga nak pergi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam niat ...Allah akan permudahkan segalanya.semoga dapatlah kita ke sana lagi

      Delete
  6. W/salam Nieda. Kerana niat tu untuk jadi tetamu-Nya, saat hampir berangkat, penyakit mak Nieda sembuh. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sweetie..mak pun semakin pulih.segalanya ujian atas kita.

      Delete