01 January 2017

Masjid Nabawi- Bumbung Terbuka.


Assalamualaikum.
Saya nak kongsi cerita semasa mengerjakan umrah baru-baru ini.



Bumbung terbuka...kelihatan langit bersih membiru.
Waktu : Awal pagi sesudah subuh.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bumbung inilah yang terbuka.
Besarkan?

Pertama kali dapat melihat sendiri bumbung Masjid Nabawi terbuka...terujanya saya. Masa ni sesudah subuh , saya sedang menunggu masa masuk ke Raudah. Berkumpul dengan jemaah Malaysia  dan  Indonesia yang lain beramai-ramai. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami berkumpul dihadapan pintu-pintu kayu ini.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Jika sesiapa  ada pengalaman menunggu untuk masuk Raudah tentu 
dapat melihat suasananya bagaimana. 

Jemaah Malaysia / Indonesia @ Melayu akan dikumpulkan bersama.
Bangsa-bangsa lain seperti Pakistan, India, dan lain-lain disuruh keluar dari kumpulan Melayu ini.Tapi..... ada yang degil. Terus  membaca al quran lagi (2,3 orang). Ada yang tak nak keluar buat do no...jadi petugas-petugas Masjid Nabawi bertegas suruh keluar sampai 4,5 kali diulang-ulang.
Ada juga jemaah Malaysia (muda lagi) yang pandai cakap urdu (agaknya doktor  yang pernah belajar di India) yang suruh keluar minta berkumpul dengan group depa. Tapi susahnya depa ni nak dengar 
kata.


 Hanya beberapa jam sebelum rombongan kami bertolak ke Mekah .
 Saya mencari peluang untuk ke Raudah buat kali terakhir sebelum bertolak ke sana. Semoga ada lagi  rezeki di lain masa dapat ziarah Nabi Muhammad junjungan kita.



Bumbung terbuka  tidak diberitahu sekian-sekian waktu ia akan berlaku.
Kebebetulan tempat saya duduk itu betul-betul di bawah bumbung yang akan dibuka .
Ia berbunyi seperti mesin yang bergerak....mestilakan. Rezeki saya...akhirnya Allah bagi juga peluang untuk  saya melihat sendiri.

Kunjungan kali ini dapatlah  dua kali pengalaman melihat ia dibuka perlahan-lahan.
 Masa ini dalam pukul 7 pagi (lebih-kurang) dan sekali lagi pada pukul 9 pagi  pada hari yang sama.
Syukur. 

Pertama kali ke sana saya sudah terlepas peluang . Bila balik ke Malaysia , mak tanya dapat lihat tak bumbung  masjid terbuka?  Baru saya tahu  bumbung masjid boleh dibuka dan ditutup rupanya. 



Kenapa saya nak tengok sangat?
Entah la.....saya rasa ia satu teknologi yang hebat. Dan ia ada di Masjid Nabawi, Madinah.

 Ada tak mana-mana masjid yang boleh buka tutup bumbungnya?








Post a Comment