Buat Duit

Friday, July 14, 2017

NABALU PARK, SABAH DI BAWAH BAYU.

Assalamualaikum.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin......lama akak bercuti dari update cerita . 
Dari belum Ramadan , berpuasa sudah  ,  Syawal pun sudah  , dan kini Syawal pun dah tengah bulan  sekarang . Hari ni rasa nak menulislah buat kenangan . Esok lusa di sinilah tepat menggali memori yang kita lalui....kan?

Meh kita teruskan....

Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Keningau. Dalam laluan ke sana kami singgah ke Nabalu Park. Nak tengok Gunung Kinabalu dari dekat. Sayangnya masa kami tiba gunung sudah dilitupi kabus . Tak nampaklah bayangnya pun aihhh.. Kami sampai dah hampir tengahari rasanya sebab menyinggah merata tadi.  First time dulu dah dapat  tengok Gunung Kinabalu dari sini. Masa tu Shauqi masih berdukung . Pakai pampers lagi dalam umur dua tahun rasanya.Sekarang dah sembilan tahun.  Bila pula kedatangan seterusnya ke sini lagi? 

Selepas bergambar , kami singgah membeli cenderamata di sini. 

Pilih-pilih   barang , bayar terus menyambung perjalanan tak lama pun.
Kami tak kedai lain , sebab dah dapat harga bagus di sebuah kedai ini.

Jauh lagi nak sampai ke Keningau nun.
Malamlah sampainya nanti .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Menara tinjau. Dulu pun dah ada.
Tapi banyak kedai baru dibina dibahagian bawah. 
Dulu semata-mata kedai yang tinggi tu sahaja.

Bergambar je lah...tanda dah sampai.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kabus tebal.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Topi baru beli.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sejuk angin bertiup.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Penuh kiri kanan orang bergambar.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar..
Shauqi dan kakak Alia

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cenderahati


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lagi cenderahati

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lagi

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami membeli di kedai kakak manis ni.
Murah!!

Dapat free keychain tiga ketui dan seruling buluh  untuk Shauqi.
Baik hati sungguh dia.
 Kedai dia yang paling  hujung ke atas .Carilah kalau pergi ke sana.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dapat free , sukalah dia.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Perjalanan diteruskan lagi.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Pemandangan biasa dalam perjalanan kami .
Tinggi di atas bukit menuju Keningau....sejuk.

*Bersambung lagi





















11 comments:

  1. Seronoknya...entah bila boleh bawak family pi sini

    ReplyDelete
  2. Raya pon dah nak abiskan... kejap aje...

    ReplyDelete
  3. Mak aihhh... Memborong sakan best gak ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hantar alamat Nieda kat email saya, nak postkan FM... Tak checklah kat blog saya tu.

      Delete
  5. souvenirs kt Pekan Nabalu murah2 jg..

    ReplyDelete
  6. Cantik kan suasana dia...nyaman dan tenang jer =)

    ReplyDelete
  7. Waaaa seronok bercuti di Sabah..
    Nampak berkabus terasa sejuk, menarik..

    ReplyDelete
  8. CT datang singgah sini.. lama juga tak datang jenguk. syoknyaaa jalan2 sejuk tu yang best tu.. bila lah nak repeat Kundasang. dulu pergi tak puas..

    ReplyDelete