Buat Duit

Sunday, June 4, 2017

JAMBATAN TAMPARULI

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa buat semua umat Islam yang menunaikannya.
Ramadan Kareem.

Untungnya tahun ini, 2 minggu cuti sekolah jatuh dalam bulan puasa. 
Meriah sikit rumah waktu berbuka , ada anak-anak yang balik bercuti.
Lepas habis cuti sekolah, balik macam biasalah. 
Ada Maktok, Shauqi dan abahnya. 
Kakak -kakak tak sempat balik berbuka lagi bersama. 
Alia yang di Sabah lagi seminggu nak raya baru balik ke Semenanjung.


Meh kita tengok gambar semasa kami ke Sabah minggu lepas.
Destinasi kedua , kami singgah di Jambatan Tamparuli yang femes sampai ada lagu tu.
Perjalanan kami dari KK - Keningau melalui Ranau memang cantik sangat  perjalanan tu sebab akan melalui tempat-tempat yang nak saya singgah.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Model wajib mak mesti ada.

Tempat pertama yang kita jumpa dalam perjalanan itu  ialah Rumah Terbalik.
Lepas tu kita akan jumpa Jambatan Tamparuli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ladang Lembu yang menjadi tarikan di Sabah 

Masa kami ke Sabah dulu,.... first time Ladang Lembu pun tak ada lagi. Maknanya punya lama kenangan pertama ke Sabah dulu tu. Shauqi pun baby lagi.Dan... pengalaman pertama  saya naik kapal terbang ..hahaha.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Pasar Tamparuli .
Terletak di kaki Jambatan tu.
Punya baik hati suami saya, dia bagi peluang saya lintas jambatan dan dia tunggu di hujung jambatan sebelah sana selepas membeli serba sikit buah-buahan di pasar ini kami dua beranak dengan Shauqi pun apa lagi .Dengan Bismillah kami mulakan langkah .


Namun ini adalah struktur  jambatan yang dibina semula. Baru dan kukuh namun terayun juga bila berada di tengah-tengahnya.

Mula-mula kami singgha dulu di Pasar Tamparuli  melihat-lihat apa yang menarik di sini. 
Ada tempat berjualan, satu yang saya paparkan dalam gambar di atas. Di sini hasil jualan lebih kepada sayur dan buah-buahan.

Manakala di hujumg berhampiran jambatan ada jual bilis, ikan masin dan udang kering. Harganya murah dengan kualiti bilis yang dijual. jadi kita beli bawa balik naik belon bah!



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Antara sayur dan huah-buahan yang dijual.
KAmi beli buah nenas dan pisang berangan.
Nenas 3 kilo dengan harga RM 9.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mak jumpa kulat!
Apa lagi mak beli juga la.....haru sungguh kulat pun beli. 
Tapi murah,  satu bekas putih tu RM 2. Saya tanya nak beli sekilo dia kata tak jual pula.
Selamat sampai ke rumah sebab kulat dah kering.

 Masa membeli kulat di Krabi hari tu basah sebab tu membusuk dalam kereta.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Nenas dan sayur


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jumpa orang jual bilis ....beli lah sikit . 
Nampak lawa  putih dan murah bilisnya.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Budak takut nak lintas. Pertama kali naik jambatan hayun.
Di bawah kelihatan air sungai mengalir deras berwarna macam teh susu.
Kakak dan abahnya menunggu di hujung sana . Dekat dengan tiang kuning. 
Ada laluan untuk kereta di sebelah kiri Shauqi .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cuak juga budak ini.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Untuk laluan kereta ada satu lagi titi yang menghubungkan dua tebing ini. Tapi kereta tak boleh berselisih. Tunggu giliran untuk melintas.Pasar  pun terletak di hujung sana.

Tiang kuning di sebelah kiri itu ialah Jambatan Tamparuli yang kami melintas .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jumpa  ini , tanda dah dekat Jambatan Tamparuli.
Untuk ke sini kita kena masuk sikit ke dalam dari jalan besar di sebelah kanan .
Laluan ke Kundasang dari KK.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Muka gabra .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Panjang juga  jambatan 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cik abang dah tunggu.



*** kongsi cerita sebagai kenangan .


16 comments:

  1. otomatik bc tajuk entry ni sy trs teringat marsha bdk AF1 tu hahahhaa

    ReplyDelete
  2. ya..af ramai org sabah..pergi ke ranau akak teringat pulak linda af

    ReplyDelete
  3. Sempat shopping kat pasar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok pasar , tengok apa yg menarik .kaadang2 jumpa yg tiada di tempat sendiri tapi ada di sana

      Delete
  4. ikan bilis mata biru...

    bestkan naik jambatan ni..

    ReplyDelete
  5. Berapa bayaran untuk model tu.... hehehhe.

    Panjang ye jambatan tu... kalau saya..., taknak ikut, gayat dan pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang juga nak menapak ke hujung.
      bagi model saay tu, pengalaman baru bagi dia.
      model mak harus percuma...hihi

      Delete
  6. Teringin nak naik jambaran tu

    ReplyDelete
  7. Niedammg org Sabah ke? Bilalah dpt ke Sana ye

    ReplyDelete
  8. Selamat hai raya dan jangan lupa main meriam buluh.

    ReplyDelete
  9. I dulu tak dapat naik sebab tukang bawak kereta. pasar dia akak suka.

    ReplyDelete