28 August 2017

Kad Raya dari Blogger Mazuriah Mohamed

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Assalamualaikum

Satu-satunya kad raya yang diterima pada Syawal  tahun ini. 
Ingatan dari Mazu blogger yang suka berjalan makan angin tu .
Respect pada Mazu yang masih rajin menghantar kad melalui pos. 
Mana ada orang buat dah kan?
Jarang-jarang , tapi touching la terima kada raya by pos ni.
Sekarang ni , kebanyakkan  ucapan semua melalui alam maya.


Teringat masa muda remaja dulu,  bila time nak raya rajin pos kepada PM, Sultan dan pembesar-pembesar negara zaman tu. Ini idea cikgu sejarah kami . Sukanya bila kad raya dibalas....

Selalunya VVIP ini letak gambar keluarga utk kad raya masing-masing. Seronoklah boleh kenal putera-puteri raja. Pernah  juga dapat balasan dari  Sultan Perak salah satu kad raya yang diterima .

Walau pun lambat  balasan diterima tapi setiap kad mesti dibalas juga.
Satu kelas masa tu, asyik menunggu balasan kad raya yang dihantar.



Punyalah lama nak up entry ini...samapai nak masuk raya haji pula .
Maaf Mazu, sekarang ni nak menulis diblog dah suam-suam kuku.

Terima kasih Mazu atas kiriman kad raya tempohari. Semoga silatulrahim berkekalan hendaknya.


Selamat menyambut 10 Zulhijjah.




11 August 2017

TERIMA KASIH SWEETIE

Cenderahati dari Sweetie selamat tiba  pada  hari Isnin yang lalu.  Kiriman fridge magnet dari Australia semasa Sweetie bercuti di sana  baru-baru ini  , 

 Sebenarnya kiriman barangan yang dipos  telah tiba lebih awal iaitu pada Jumaat lagi, dengan menggunakan alamat  sekolah.... terus ia dihantar ke pejabat lah . Kebetulan Jumaat balik awal , tak dapat nak buka sampul awal.,,,huhu.

Sabar, sabar tunggu pejabat buka minggu depan .

Sweetie , blogger yang pandai memasak , membaking yang dikenali di alam maya.  Jom terjah blog SWEETIE.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.



Terima kasih Sweetie . Semoga hubungan di alam maya berkekalan hendaknya.



05 August 2017

Rain Town Brother Western , Kamunting



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Rain town Brother Western.

Kaunter bayaran dan trademark kedai.

Sebelum ini dah  cuba makanan western di Deli Cafe yang terletak sebaris dengan kedai Rain Town Brother ini. Kedai yang menghala ke kawasan perisdustrian taiping atau pun dekat sangat dengan Stesyen Keretapi Kamunting.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Fish and chips (RM12.90)

Kegemaranku .

Ya Allah , besarnya isi ikan ini sampai tak habis dimakan sorang. Pelawa pada Shauqi pun dia menolak. Kenyang sangat la tu.....sebelum ke sini dia dah balun kerepok lekor  .

Fish and chips ini  bestnya , isi yang garing di luar tapi lembut di dalam. Boleh pilih pilihan sos mengikut kesukaan . Ada 4  atau 5 sos yang di sediakan  untuk dimakan bersama fish and chips ini.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Fish Finger

Ini pun sedap juga. Cicah dengan sos cili dan mayonis.  Buat Shauqi yang katanya dah kenyang. Order yang ringan-ringan untuk dia....tu pun tak habis. Nasib baik murah....hanya RM 4.90 saja.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cheese meat (lupa nama) RM 13.90

Alia , anak  perempuan saya makan yang ini. Sos lada hitam juga. Tak sempat rasa , tengok-tengok dah habis. Tapi makan fish and chips tu pun dah kenyang , sekak perut . Kemudian dok tolong perabis fish finger si Shauqi pula.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Banana Sluppe , Alia punya. RM 4.90


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Teh O  panas dan Teh Laici ais 

Mak minum panas je.. nak larutkan lemak dalam perut.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Budak yang dah kenyang .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Aiman , sorang lagi anak saya order chiken cop ..tapi sayang  gambar tak jumpa . Rm 12.90 juga. Chicken cop mana-mana pun sama lah kan? Tapi isi  ayam tu lebih besar dari  Chesse meat yang alia makan. Ada sosej, dan  ada kentang goreng .

Deco dalam kedai.

Meja kerusi dari kayu ..hipsters sangat tapi menarik la....ada deco di dinding sebagai hiasan.
Masa kami sampai tak ada orang dalam pukul 5 lebih. Dah petang.

Kemudian baru datang pelanggan lain....ada sepasang , ada solo ada yang bawa anak....ada yang bawa anak-anak...hahaha. Baru penuh kedai. Ok lah tak serabut sangat.

Lagi satu kakak  owner ni,  dia peramah sungguh ...sambil nak membayar tu sempat lagi sembang2 macam dah kenal lama. Kredit untuk dia, semoga bisness semakin maju.