18 October 2017

LANGKAWI KITE - CABLE CAR DAN MUZIUM 3D

Assalamualaikum.

Hari Pertama .

Langkawi kite...tarikh ditetapkan apada 30 September lepas. Rombongan sekolah ke Pulau Lagenda  aktiviti selepas UPSR. Langkawi yang sentiasa tak jemu dikunjungi walaupun berkali-kali.  Sentiasa menghitung hari dari sehari ke sehari.

Entah apa yang syoknya tak tahu la...coklatnya kah, pinggan mangkukkah, panorama langkawi itu sendiri atau...entah lah . Saya sentiasa teruja untuk ke sini.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Hujan


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Berkali-kali  sampai tapi tak pernah jemu.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kabus tebal.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Terujanya dia..

Tempat yang saya aim sangat ialah Cable Car di Gunung Mat Cincang selain Under Water World di Cenang. Kalau pergi sendiri  bayaran tiket adalah tinggi ye... kalau rombongan sekolah bayaran masuk hanya RM 18 sahaja ke Under water World ini. Jangan tolak tuah ...hehehe.

Kami berkumpul awal pagi di sekolah dan selepas itu bertolak ke utara dengan bas. Pukul 4 pagi lebih kurang kami dah sampai di jeti Kuala Perlis. Perjalanan 2 hari  1  malam akan diteruskan.

Sementara nak tunggu subuh kami berehat dalam bas, dekat-dekat nak   masuk waktu subuh baru  bergerak ke Masjid Terapung Kuala Perlis . Jalan kaki saja  sebab dekat.

 Ya ampun , bila nak  masuk tandas berderet panjang ahli rombongan lain yang  beratur  . Tandas pula sikit.  Empat pintu tandas saja....Tang tu la nak mandi , tang tu la nak membuang.  Makcik-makcik yang tak tahan minta nak masuk dulu...

Bila keluar dari masjid baru nampak berderet-deret bas sekolah  dan  bas pelancong yang nak ke Langkawi.  Semua berhenti untuk solat subuh dan membersihkan diri. 

Feri pertama , pukul 7   pagi tu memang penuh. Ini bukan musim cuti sekolah ...hanya cuti hujung minggu pun ramai manusia nak ke sana.

Sesampai  di pekan Kuah kami dah  ada  bas yang menunggu dan  kami terus dibawa ke Gunung Mat Cincang. Sarapan pagi dengan nasi lemak dan air mineral pun di sana juga. Nasib baik ada cikgu  asal orang Langkawi . Dia yang uruskan pergerakan kami di sana. 
Thank you Ustaz Lan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Air terjun di kejauhan,  pandangan dari cable car

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tempek satu!


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Awal pagi masih berkabus.
Deretan mangga kunci bergantungan. 
Simbolik lah gitu.
RM 30 beb harga mangga tu.
Kunci dalam hati sudah la!

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Budak-budak ni pantang nampak ...membeli aje.
Tempah   nama dengan  dawai yang dibentuk berharga  RM 5 satu. Boleh tambah manik pelbagai mana. Zaman mokcik dah berlalu ...FM pun tak  beli .... huhuu. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dawai besi dibentuk menjadi objek menarik .
Boleh beli bagi yang berminat.

Sebelah kanan ada pemuzik yang menjual bakat ...meniup seruling  lagu -lagu moden  . Ada lagu hindustan , Inggeris ...tapi kami tak tunggu lama. Selepas bebudak tu siap membeli kami pun turun  ke bawah. Berderau bulu roma dengar muzik dia!
Dah  turun dari Cable Car , kami meneroka aktiviti yang dah masuk dalam pakej .
Tak cuba rugi sebab dah masuk dalam harga tiket.


Ada 3 D, T Rex dan satu lagi lupa ...2D ke apa ...yang tu mokcik tak masuk. Mokcik dah pening , ya la dari pagi lagi sampai tengahari .  Dah beratur separuh jalan kemudian rasa tak jadi pulak.
Keluar barisan , duduk tepi pergi sapu bam  kat kepala.


Bila rasa dah ok sikit Mokcik masuk 3 D dan T-Rex.
Dalam bangunan 3 D  rasanya bertingkat-tingkat . Dalam tu rasanya ada tangga ke satu level ke level yang lain. 
Bnayak juga 3D yang menarik untuk bergambar. 
Layan gambar lah..

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Shauqi dan sotong raksasa.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Layankan je.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
entah sapa.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mokcik dengan kawan mokcik.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Nak tunggu orang tak ada memanglambat .
Pasrah sajalah.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Seruling


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Comel

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mummy

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Nak cari Cinderella

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tuan puteri tak buka pintu.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Hah ..Tiup lagi !

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Perasan di Venice

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Meluncur pula

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di  sini pula

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Menarik..dari jauh macam bangunan itu bergerak....kecik besar, kecik besar .
Pergi dekat baru tahu trick binaannya yang membuatkan mata kita tertipu.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di akhir sekali kita boleh melihat tanda tangan  orang-orang terkenal yang telah sampai di sini.

Kemudian kasut kita akan diberi semula, sebab masa masuk ke sini  tadi tidak dibenarkan memakai kasut.

Badan dah letih masa ni tapi nasi tak makan lagi. Angin dah naik kepala.
Namun untuk melengkapkan pakej kami ke tempat T-Rex  sebab ia kan bermula pada 2 petang. 
Ada masa dan bilangan pengunjung (30 orang) untuk setiap pertunjukkan.
Di sini kami dibawa naik bas terbuka dan kena pakai tali pinggang kaledar serta  kena pakai cermin mata 3D. Dalam perjalanan itu adalah dinosour yang muncul dengan impak bunyi serta bas pun bergegar terguyung hayang. 
Tapi dok tang tu juga.

Kami yang kat belakang  (paling last) ni taklah rasa takut sangat , sebab bila pandang belakang nampak dinding....hahaha.
Orang yang di depan memang kuat menjerit lah..

Menarik  ,,,jangan lepaskan peluang jika ke sini melihat dan merasai sendiri.
Tambahan jika bersama anak-anak dan keluarga, mesti rasa gembira dan teruja.








Post a Comment