21 October 2017

Selamat Ulang tahun ke 9 , Ikhwan Shauqi

Assalamualaikum.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
19.9.2017@IKEA DAMANSARA

Tanggal 26. 8 .2008 , sembilan tahun dulu lahirlah anak bungsu kami. Dilahirkan hujung-hujung umur ibu 30an.  Jarak umur yang jauh dengan abang di atas.  Abang dah darjah satu, adik baru lahir .

Nama diberi Ahmad Ikhwan Shauqi bin Ahmad Azhar.
Tahun ni dah 9 tahun .

Permintaan birthday boy  nak  sambut dengan kawan-kawan di sekolah.
Buat lah serba ringkas , buat dalam kelas dia je pun  dengan kawan-kawan.  Panggil semua guru dan ada bacaan doa oleh Ustaz Azlan  semoga hidup dipermudahkan dunia akhirat.
Doa yang baik-baik je.

Kek pun buat sendiri ....first time mak buat kek untuk birthday anak  untuk makan ramai-ramai.Buat kek makan-makan di rumah tu biasa lah .  Mujur menjadi ...

Layan gambar .....anak mak dah besar !!

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.




Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kek Coklat Moist dari ibu.



Semoga menjadi anak yang soleh ,  berbakti kepada ibu dan abah, berkasih sayang sesama keluarga .Sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki , dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

Aminn.