12 December 2017

Membuat Visa ke Indonesia di Konsul Indonesia di Pulau Pinang

Saya kongsikan cara nak buat visa ke Indonesia. Kalau sekadar nak pergi bercuti seminggu dua tak perlu buat visa, Ini kes jika kita berada di sana melebihi 30 hari......maka wajib buat . Satu lagi  cara ialah tanpa visa , anda perlu pulang ke Malaysia bila tempoh  hampir sebulan kemudian terbang semula ke sana.

Visa boleh di buat di Kedutaan Indonesia .  Bagi yang berada di utara boleh ke Konsul Indonesia di Pulau Pinang.

Visa ini ialah untuk anak perempuan saya yang akan ke sana selama 6 minggu . Mula tu susah hati juga memandangkan kami di utara nak ke Kuala Lumpur dengan kekangan masa dan jarak amat merumitkan . Dengan  tarikh exam yang semakin dekat dan jadual abahnya  sibuk , penat mikir macam mana nak pergi.

Last sekali dapat tahu boleh buat di Pulau Pinang.  Di sini visa hanya boleh diambil selepas sehari walaupun dalam google disebut empat hari. Sesiapa pun boleh ambilkan dengan membawa bukti resit bayaran.

Perlu dibawa bersama ke Kedutaan Indonesia ialah:
1. Passport asal dan salinannya
2. Gambar saiz passport berlatar putih ( tapi dalam info nak buat visa dia tulis any colour)
3. Surat tawaran ke sana.
4. Bayaran RM 205

File:Indonesian Consulate, George Town, Penang.jpg
Imej Google

Untuk ke Indonesia melebihi 30 hari kena buat visa.


Suasana  semasa proses membuat visa sedang berjalan. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.


Masa menunggu tak terlalu lama. Namun terpaksa datang sekali lagi untuk mengambil paspot  yang telah siap. Untuk mengambil paspot yang siap tuan badan tak perlu datang . Boleh diwakilkan sahaja tetapi perlu membawa resit bayaran.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Semoga dapat membantu bagi sesiapa yang ingin membuat visa terutama warga utara kerana terdapat  Konsul Indonesia di Pulau Pinang yang dapat memudahkan urusan kita tanpa perlu ke Kedutaan Indonesia di ibu kota.

Alamat :

Konsulat Jenderal Republik  Indonesia
467 , Jalan Burma ,  10350 Geogetown , Pulau Pinang.



Post a Comment