14 December 2017

HOTEL TAIPING PERDANA

Assalamualaikum.

Kami menempah  untuk semalam hujung November lalu. Hotel Taiping Perdana ini ialah hotel Koperasi Guru-Guru. Jadi sesiapa yang menjadi ahli koperasi  dapatlah potongan harga.


Bagi bilik yang kami pilih ini berharga RM 179 macam tulah , tak berapa ingat sebab orang lain yang bookingkan sebab nak potongan harga istimewa.  Selepas potongan dapatlah harga RM 153 dengan  gst sekali.

Terletak berhampiran perumahan dan bersebelahan   Pejabat Tabung Haji Cawangan Taiping. Kedai makan , 7E, dan kedai runcit . Senanglah nak cari apa-apa kalau lapar tengah malam  . Turun ke bawah jalan kaki dah sampai ke kedai.

Sebelum tu beli siap-siap piza dan nasi goreng cina dari Restoren Warisan di bawah tu. Malas nak keluar  bila masuk bilik. Penat weh...urusan di imigresen  renew pasport baru.


Imej Google


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bilik kami di tingkat 6. Ada balkoni .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Loceng di luar pintu...ting, ting kami nak masuk.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Luas pemandangan dari tingkat 6...view pemanradangan bandar Taiping. Masa ni nak turun sarapan di bawah paras 1  . Restoren sama lantai dengan lobby. Bilik kami paras 6 , nombor 617.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Sarapan bermula pukul 7 - 10 pagi.

Jom turun makan.
Makanan yang disediakan ialah nasi lemak, bihun Singapore, bubur nasi, roti , dan boleh request telur dadar panas-panas.  Minuman macam biasa ada sejuk dan panas.Bolehlah tak banyak sangat.. tapi kenyang la .

Bila menginap di sini sarapan dah termasuk sekali untuk dua orang. Jika lebih dari dua orang bayaran RM 20 untuk dewasa dan RM 15 bagi kanak-kanak.  Eh..lupa nak cakap masa daftar masuk kena  bayar RM 200 sekali deposit  . Keluar dia bagi balik.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dari balkoni .
Pagi ke senja ...dah lupa.

Di bawah nampak perumahan orang Taiping. Depan sikit boleh nampak Masjid Taiping. Hotel ini terletak dalam kawasan kejiranan Melayu.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Board dan seterika memang dah tersedia di dalam bilik . Tak payah nak call house keeping.
Tapi tak sempat nak guna pun , tidur semalam baju pun tak sempat nak berkedut. Tudung bawa siap-siap yg tak payah iron. Pagi-pagi dah  check out.




Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tv, cerek adalah kalau nak buat kopi tu boleh la.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lauan ke bilik.

Macam hotel yang kami tidur di Trang ,  Thailand . Di balkoni ada susunan kayu.
Baca juga hotel di Siam KLIK DI SINI.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Berlapis-lapis


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dari balkoni terus nampak Bukit Larut .

Di kejauhan , banguan bertingkat sebelah kiri tu ialah Hotel Novotel di tengah bandar Taiping. Antara hotel yang besar di sini.

Selepas sarapan , kami  pun check out awal pagi balik ke rumah yang 30 minit boleh sampai.
Percutian paling dekat tahun ini.....


Taiping Perdana hotel boleh dihubungi dengan No telepon di bawah:

Tel :  605 808 2011
website: taiping perdana.com.my
Alamat : No 1 , Lorong Koperasi 1, Medan Koperasi , Taiping ,  Perak.