25 January 2018

Aiesec di Bandung





Assalamualaikum .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cari tiket kereta api  di  sini tapi dah penuh.


Nak sambung sikit la cerita perjalanan kami  berdua suami isteri dari Bandung ke Jakarta .
Ada alternatif lain  kalau tiket kereta api kehabisan. Boleh menggunakan Shuttle van.
Kenapa kami tak naik GRAB?
Harga Grab sangat mahal hampir 1 juta rupiah , jadi kenapa bayar lebihkan?
Jadi kami naib van  Hi -Ace seperti van di  bawah.
Selesa dan perjalanan pun lancar. Air mineral diberi sebotol seorang.

Pemandu berhenti di hentian rehat RnR untuk solat , ke tandas dan minum atau makan. Bolehlah lurus-luruskan badan sekejap. Lama lagi nak tiba di Jakarta dari sini . Sempatlah nak tidur 2,3 kali lelap lagi. Namun hanya tidur-tidur ayam sajalah. Tak boleh lena pun.
 Van kami penuh dengan 10  penumpang . 


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Van yang kami naiki ke Jakarta.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Di sini kami beli tauhu Semedang . 
Rasanya masin-masin gitu  tapi bila dimakan sedap pula.


Kami tiba di Jakarta sudah maghrib .
Perjalanan hari itu juga dalam hujan. Walaupun hujan lajunya dia memecut . Nasib baik akhirnya  semua selamat. 
Kami terus ke perhentian terakhir di  pusat Shuttle van tersebut.
Kami antara yang terakhir turun. 

Di situ ada Indo Mart , maka masuklah mencari makanan mee Indo cup , dan kek keju (sedap)  untuk kami makan  di hotel nanti.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ternampak Nabati,yang menjadi kesukaan anak-anak.


Hotel dah tempah dari  sebelum bertolak sebab  takut  penuh. 
Kami booking Big Hotel .
 Harga tak sampai RM 100  tak termasuk sarapan pagi.

Drai sini kami naik GRAB lagi ke hotel. Maklumlah dah tukar  sim kad Indon ...hehehe.
Mudahkan...internet memudahkan perjalanan . 
Lumayan! 


Berbalik cerita  Ain .
Hari ni Ain wassup tanya resepi nasi lemak.
Dia nak masak untuk 15 orang makan.

Haaa...harap-harap menjadilah nasi lemak Ain tu!

Di bawah ini antara gambar Ain dan kawan-kawannya di Bandung.
Saya abadikan di sini sebagai kenangan.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Negaraku Malaysia.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Auni , Ain dan Deena ( anak tuan rumah Ain menumpang).

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pelajar dari merata negara .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mesti dari  cenderamata  dari Vietnam.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Meja  dari Malaysia.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pelbagai bangsa  dan agama bersatu dalam satu program antarabangsa.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sapa tahu bangunan apa ini?
Gedung satekah?

Setiap hari ada aktiviti , antaranya lawatan ke rumah kanak-kanak cacat.
Sayangnya dia tak kongsikan gambar di tempat tersebut.








Post a Comment