24 January 2018

Cerita Bandung lagi





Assalamualaikum

Ini hanyalah catatan pengalaman sahaja untuk kenang-kenangan.

Hari kedua di Bandung , pagi-pagi selepas sarapan di hotel kami berdua bercadang nak ke stesen  kereta api nak beli tiket ke Jakarta esoknya. Walaupun  dah tengok di internet tiketnya sudah penuh bagi perjalanan  hari Ahad. Hujung minggu katakan , memang ramai rakyatnya keluar berlibur  kami tetap menaruh harapan kut-kut ada lagi tiketnya.


Dari Hotel Guntur kami berdua berjalan kaki sahaja ke stesyen kereta api. Untung juga menginap di sini  serba dekat . Ke Pasar Baru juga dekat.

Dalam perjalanan , rupanya Hotel Guntur berjiran juga dengan Kartikasari ..kedai yang femous 
bagi kebanyakkan orang Malaysia membeli manisan untuk dibawa balik ke Malaysia.

Saya juga tak sangka , dihujung jalan saya terjumpa dengan rumah Presiden di depan mata saja.
Selalu bila ke Bandung hanya melihat dari tingkap bas. Rupanya jalan ini sudah saya lalui beberapa kali sebelum ini.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Berjalan kaki saja kami berdua.

Kami juga disapa dengan pemilik kenderaan yang menawarkan untuk dibawa meronda ke Kota Bandung. Dia gembira mengetahui kami muslim sepertinya.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kediaman Presiden.


Kami singgah di Stesen Kereta api Bandung. 
Sementara suami pergi tengok tiket saya singgah di Indomart dulu beli apa yang patut.
Kalau perjalanan sehari sebelum , boleh bayar harga tiket di sini. Tapi , kami pula mencari tiket untuk hari  yang sama tak dapat buatlah.


Seronok menyinggah, barang disusun cantik di Indomart.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Aksesori wanita.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Donat pun ada dijual.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Membeli tiket secara online.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Disebabkan susah nak dapatkan tiket kami dinasihatkan pergi ke bilik Layanan Pelanggan . Ada dua gadis manis menunggu di situ.
Akhirnya , tak dapat juga menolong ...tiada tiket untuk hari ini.
Kami kena cari altenatif lain.

Dari sini kami bercadang ke stasen bas pula. Nak beli tiket bas ekspres macam di Malaysia.
Kami keluar ke jalan besar , lalu menahan angkutan . Tambang Rp 10000 untuk berdua. Merasalah naik angkut di Indonesia.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Seronoknya dia naik angkut...
Bila berdua , hang ambil gambar aku ...aku ambil gambar hang.

Kami minta di hantar ke stesen bas tapi di tengah jalan driver angkutan  dah turunkan kami. Terpaksa relalah kami turun di situ juga.

Rupanya lokasi stesen basnya perlu tiga kali bertukar angkutan. Masalahnya masa ni kami masih tak beli  sim kad Indonesia  lagi. Nombor sim kad pun masih nombor Malaysia. Kalau ada talian internet boleh order GRAB.

Kebetulan , di situ ada kedai kecil . Kami bertanya kepada mereka cara nak ke stesen bas . Baik hatinya masing-masing nak menolong. Mereka ini suruh kami naik bas pula. Tapi bas ke sana dah terlepas , kena tunggu sejam lagi baru datang. Alahai... rasa macam putus harapan pula. Siap dibagi kerusi pula suruh duduk sementara menunggu bas.

Tak boleh jadi ni...lama juga nak tunggu sejam tu. Pasar Baru tak pergi lagi...heheheeh.
Kami ucapkan terim kasih dan minta permisi.

Singgah di kedai depan sikit dari yang tadi  ...tuan kedai orang muda  dari yang mula tadi. 
Dia suruh masuk ke lorong kecil di belakang kedainya untuk dapatkan sim kad Indonesia.
Memang tak jangka rupanya jalan kecil tu ada kedai sim kad. 


Lorong kecil itu juga adalah jalan ke mall tempat kami membeli shuttle van ke Jakarta. Mall pula bukan sebarang mall , memang besar mall ini. Ada pula pemuda yang menolong menunjuk arah temapat shuttle van ini dijual.

Dari situ lah kami dapat tahu boleh menggunakan Shuttle ke Jakarta.


Lapang sikit rasa hati.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lintas Shuttle .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Pekerja wanita itu yang uruskan perjalanan kami ke Jakarta.
Tanbang Rp 120K seorang.
Lebuh kurang tambang kereta api Bandung  ke Gambir juga.
Kami bertolak pukul 3 petang hari yang sama.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dah siap beli tiket...kami tunggu GRAB di hadapan kedai Shuttle ini.
Dalam 5 minit Grab pun sampai. Tapi di tak nampak kami...kami yang nampak kereta dia....hahhaa
GRAB terus ke Pasar Baru la kita sebelum bertolak ke Jakarta petang nanti.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pertama kali saya jumpa tempat charge telefon di tempat beli tiket van shuttle .
 Ada juga  di airport Jakarta.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pemandangan sekitar Pasar Baru.

Membeli serba sikit di Pasar Baru, kami naik ke tingkat 7 untik makan tengah hari.
Punya mengidam nasi Timbel tapi tak berapa menepati selera. Aduhai...


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Alamak dengan kaki ayam sekali.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pemandu Grab yang ke berapa entah .
Kali ini mengGRAB saja  dalam kebanyakkan perjalanan .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Harga ini lebih mahal dari GRAB car....i tell you!
Teringin juga nak merasa tapi .....mahal.




*Nanti sambung lagi..