24 March 2018

Padang - Bukit Tinggi

Assalamualaikum.

 19 Mac 2018 - 22 Mac 2018



Dup dap dup dap ingat tak jadi terbang ke Padang untuk bercuti kali ini.
Sehari sebelum terbang suami pula demam ...huhuhu. Demam sungguh-sungguh.  Bila dia demam ,  buat semua orang  kecut perut. Ikhtiar ubat hospital dan lap badan dengan daun  sirsak (mentang-mentang baru baik dari Indonesia)  supaya badan cepat sejuk. Bagus daun ni, kalau dikeringkan buat teh pun bagus.
Apatah lagi buahnya bagus  untuk penawar barah. 

Tambahan pula perjalanan kami ke KLIA 2 dari utara dengan berkereta agak  jauh  juga.
Mujur ada Alia ( yang drive dari KK - Keningau  - KK) masa  kami ke Sabah tahun lepas . Dia yang jadi pilot  dari rumah ke KLIA 2 dengan jayanya. 

Kami bertolak selepas subuh dari rumah. Penerbangan pada 3.40 petang deley pulak. Sudahnya pukul 5 baru berlepas.  Kan.....sekarang ni kapal terbang pun macam bas . Bila penumpang  A  turun , penumpang B  naik pula. Khabarnya deley menunggu flight dari Jogja .Kemudian  flight sama terus ke Padang pula. Flight yang kami naik tu lah.

Mana gambar, mana gambar?

Masa ke Bukit Tinggi , hujan .
 Ambil gambar dari dalam kereta .
lokasi wajib  dari Padang ke Bukit Tinggi.
Selalu tengok dalam blog orang lain sekarang dah ada depan mata.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Air terjun Lembah Anai
tiket masuk untuk dewasa Rp 5000
Kanak-kanak Rp 3000

Alahai gambar banyak dalam hpone anak-anak. 
Maknya dah malas nak merakam gambar. Ada sikit-sikit je...yang lain tunggu anak-anak sent semula.


Perjalanan yang paling singkat ke luar negara. Dalam 50 minit kapal terbang dah selamat mendarat di Lapang terbang Padang.  

Masa kami tiba di airport Padang  suasana masih cerah. 
Kad putih diberi masa dalam penerbangan lagi untuk setiap satu keluarga sekeping kad.

Beraturlah kami ke kaunter imigresen di sana. 
Mereka akan minta tiket balik semasa nak cop papspot. Kalau tak ada tiket anda akan di panggil ke tepi la. Ada pegawai lain yang akan handle  pasal ini.

Benar seperti dikata oleh blog  BUDAK LETRIK yang kena pau bila tak ada tiket balik.

Bila dah selesai  di imigresen, kami pun keluar . Di pintu keluar dah ramai  pak supir yang menunggu dengan tanda nama di tangan masing-masing. Tapi kami tak ambil supir lagi pada hari pertama . Malam ini kami akan bermalam di Padang dulu. Hari kedua baru sewa pak supir dengan keretanya ke Bukit Tinggi.

Untuk ke hotel , kami nak guna Grab.
Tapi , jenuh menepis tawaran  pemandu kereta sewa yang sangat agresif.
Ada sorang mamat ni mengekor hingga ke kereta Grab yang kami tempah.
Last-last pemandu Grab tak berani nak bawa kami sedang kan beg pakaian dah masuk separuh ke dalam kereta.Dengan alasan Grab itu tidak berdaftar di kawasan lapangan terbang.

Nak harap kami naik kereta dia  (Avanza) dengan tambang 150K Rupiah taklah. Dengan cara dia begitu memang kami tak puas hati.
Kemudian kami masuk ke restoren di situ , berharap  dia tak ikut kami dah.
Kami order sekali lagi Grab kedua. Datanglah yang kedua dengan berani (sebelum tu dah terangkan masalah mamat yang mengikut kami tu) . Takut Grab ke dua ini pun terima nasib yang sama.
Tapi dia cakap biar dia yang uruskan.Kami pun ok ja lah.


Rupa-rupanya keretanya ada tulis Teksi di atas bumbung kereta. 
Jadi tak ada masalahlah kalau orang tengok pun.
Tambang Grab hanya Rp 68K sahaja.
Murah sangat kalau banding dengan Avanza tu.

Pagi esoknya baru bermula perjalanan ke Bukit Tinggi.

Daa...

#sambung