01 April 2018

Rumah Gadang Minangkabau - Padang Bukit Tinggi

                                       Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.                            Padang - Bukit Tinggi 
19-22 Mac 2018

                                                             
 Assalamualaikum.

Menuju ke Padang bersama anak-anak kali ini. 
Semakin anak membesar sukarnya bercuti bersama.
Ini pun sorang tertinggal.

Kali terakhir travel bersama anak-anak  semasa ke Chiangmai 2013 KLIK SINI.
Kemudian , bila kakak-kakak mula masuk universiti  terpaksa kena tinggal  sebab cuti dah tak sama.Misalnya  ke Krabi dan Phuket dengan berkereta , kakak berdua tu tak ikut.



Perjalanan kami dari Padang ke Bukit Tinggi. Setelah mendarat pada petang Isnin (19/3) kami menginap semalam dahulu sebelum  bertolak ke Bukit Tinggi . Tiba-tiba pagi tu hujan pula.
Jadi bila samapi di Air Terjun Lembah Anai kami tak berhenti . Sekadar ambil gambar dari dalam van  sahaja.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Air Terjun Lembah Anai.

Supir kami sangat menepati masa. Kalu janji nak jemput pukul 8 , 10 minit awal dia dah sampai.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Senyum lebar sebab lama tak naik kapal terbang.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Van Pregio memang selesa untuk kami berenam .
Bos kena duduk depan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dalam perjalanan apalagi singgah la ...

Di sini saya hanya beli sehelai telekung yang kawan kirim.
Mood membeli tak sampai lagi...hihi.

Selepas Kedai  sulam Puteri Minang , Roni supir kami singgah lagi di kedai sulam adiknya.
Dia ni asyik singgah kedai kawan, kedai adik ...macam-macamlah. Di sini saya membeli juga kain sulam  2,3 pasang. Katanya  " beli kak, nanti Roni suruh bagi diskaun special". Kain di sini yang bagusnya tidak dipotong-potong. Bagi orang yang bersaiz besar tak jadi masalah untuk buat baju.
Tapi di  Pasar Atas atau di Aur Kuning siap dipotong untuk baju 2 meter , untuk kain 2 meter.
Macam ni susah bagi bersaiz XL nak buat baju, takut tak cukup nak curi kain. 

Rumah Gadang 

Kami singgah  di Rumah Gadang Minangkabau  untuk lawatan pertama.
Walaupun dikenakan bayaran tapi Roni dah settlekan . Murah  saja , rasanya Rp 5000.
Tapi tak pasti untuk sekepala atau semua.
Tapi di tempat lain , sila bayar sendiri ya.  Roni dah tak bayar walaupun dah katanya termasuk semua bayaran tempat lawatan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Rumah Gadang bagi suku tinggal.

Rumah besar bagi suku hidup bersama .
Suku Minang  ada berbagai .Ada suku Pisang antaranya  dan banyak lagi
Rumah yang tidak menggunakan paku  tetapi menggunakan pasak.
Rumah Gadang ini terselamat dari gempa bumi besar yang melanda Sumatera beberapa tahun dahulu.
 Maaf, Mokcik tak ingat tahun pula.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jurucakap rumah gadang.
Beliau dah bekerja 22 tahun di sini.
Memang berpengalaman.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Rumah Gadang yang mempunyai 9 bilik .

Setiap keluarga dibenarkan menerima tetamu dalam batas biliknya sahaja yang diukur dengan tiang-tiang di situ.
Maknanya ruang setiap keluarga hanya di depan bilik sahaja.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bilik Pertama dari 9 bilik di Rumah Gadang.

Bilik yang kecil untuk suami isteri bersama seorang anak yang berumur 5 tahun ke bawah tidur.
Anak yang besar tidur di depan bilik ibu bapa masing-masing. Maknanya si suami mesti sedar diri jika anak  ramai dia terpaksa keluar dari Rumah Gadang untuk hidup sendiri dengan keluarganya.
Bilik yang ditinggalkan akan dihuni oleh pasangan baru pula.

Manakala bagi anak lelaki yang berumur 10 tahun ke atas tidur di surau bagi mencari ilmu. 
Anak lelaki digalakkan berdikari atau  mengembara mencari kehidupan baru.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Gambar-gambar lama.

Dihujung sana , ialah tempat memasak.

Dah habis penerangan diberi , kami  turun ke bawah pula.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sewa pakaian pengantin di bahagaian bawah rumah .
Mereka tolong pakaikan sehingga siap.
Sepasang Rp 25000 . Ada juga kedai kecil menjual cenderamata.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Senyum panjang dapat pakai baju pahlawan Minang.

Bila tengok si akak pakai baju pengantin , adik pun teringin juga.
Pakailah dik, bila pula nak merasa .
Untuk dua pasang baju pengantin bayaran Rp50000 dikenakan.
Pilihan baju banyak  , berbagai warna . 
Boleh pilih mengikut citarasa masing-masing.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dari atas rumah bolehlah ke bawah pula. Mencari tempat strategik untuk bergambar.
Tiada masa dihadkan. Bergambarlah sehingga puas hati.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Senyum sokmo

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ini pula tempat simpan padi.
Kenapa ia di bina di luar rumah?
Katanya, kalau berlaku kebakaran atau mala petaka mereka tidak akan putus makanan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tak sedia lagi

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ukiran berwarna warni sekeliling rumah Gadang membuatkan ia jadi menarik.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di pelaminan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sanggul tinggi.
Sebenarnya , pakaian ini disarungkan sahaja dari luar. Baju asal masih dipakai di dalam.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cantik sungguh seni bina rumah Gadang.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Duta rumah padi...hihi

Dari Rumah Gadang kami ke hotel yang dah siap dibooking.
Tapi ....alahai tak menepati selera.  Nasib dapat tukar dan wang dikembalikan.

Tapi si Roni dah pergi , jamji datang balik pukul 4 petang untuk jalan-jalan.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kawasan hotel yang dibooking.
Banyak lagi hotel lain yang namanya di dalam Agoda , Booking .com terjumpa di kawwasan ini.
Kereta kuda lalu lalang perkara biasa sahaja di sini.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jambatan Limpa Peh

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jambatan Limpa peh dari kejauhan .

Meronda sekejap sementara tunggu si Roni jemput semula .
Lepas ni kena cari hotel baru.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kepala rombongan...hehee.





Post a Comment