12 April 2018

Jam Gadang Bukit Tinggi


Assalamualaikum


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tuan Blog vs Jam Gadang

Mari kita sambung cerita hari kedua di Sumatera Barat. Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi Supir kami dah berhenti di beberapa tempat kain sulam.
Tempat pertama kami singgah , saya  tak membeli .Orang kata tak sampai seru ...hanya membeli sepasang telekung yang kawan pesan. Lagi pula tengok harga mahal-mahal belaka. Maklumlah bajet pelancong semua

Kami tiba di Bukit Tinggi pada  hampir pukul 3 petang. Kami minta dihantar terus ke hotel yang siap di booking  awal-awal.

Rupanya kualiti hotel sangat tidak memuaskan.  Hotel dari rumah kedai yang diubah suai.
 Bilik di tingkat atas dengan 2 katil queen. Bilik air  di dalam  bilik. Tapi keadaan seperti bilik  tidak dibersihkan penuh dengan habuk di lantai . Langsir pula nipis ...terbayang-bayang bagaimana kami bila malam . Terus see through la jawapnya.  Nasib baik bayaran dikembalikan.

Satu hal selesai, Lepas ini kena cari hotel lain pula. Tambahan pula suami saya mula tak sedap
 badan . Rasa nak demam semula mungkin terkena hujan di Rumah Gadang tadi.
Sebelum terbang pun dah tak sihat . Cik abang saya ni memang alah  dengan hujan. Nak cari hotel lain untuk  dia berehat.


Kami dibawa oleh supir ke Hotel Ambun Suri. Di luar hotel ada kios Maybank . Jadi  , jangan lupa aktifkan kad anda  sebelum bercuti.

Hotel Ambun Suri terletak dekat
 dengan lokasi Jam Gadang dan  restoren makanan Padang. Bila dah dapat bilik , apa lagi mak dan anak perempuan pun keluar nak cuci mata. Kami di hantar oleh Roni supir kami, tapi balik jalan kaki ke hotel. Tak ada masalah sebab lokasinya dekat . Terus bungkus nasi Padang untuk makan pada malam tu.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.



Jam Gadang (Minangkabau bagi "jam besar") ialah sebutan bagi menara jam besar yang dibina oleh penjajah Belanda pada 1926 di Bukit TinggiSumatera BaratIndonesia.

Jam Gadang adalah nama untuk menara jam yang terletak di pusat kota BukittinggiSumatera BaratIndonesia. Menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya sehingga dinamakan Jam Gadang, sebutan bahasa Minangkabau yang berarti "jam besar".
Selain sebagai pusat penanda kota Bukittinggi, Jam Gadang juga telah dijadikan sebagai objek wisata dengan diperluasnya taman di sekitar menara jam ini. Taman tersebut menjadi ruang interaksi masyarakat baik di hari kerja maupun di hari libur. Acara-acara yang sifatnya umum biasanya diselenggarakan di sekitar taman dekat menara jam ini.

Sumber : Wikipedia

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Gunung berapi .
Puncaknya kelihatan gondol bekas letusan gunung berapi.
Pemandangan ini dari dataran Jam Gadang.




Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Pemandangan dari dataran Jam Gadang sangat  asyik .
Terus terpaku ke arah Gunung Merapi di sana.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Asyik sekali  pemandangan  di sini.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
 Dataran ini  terletak berhampiran Pasar  Atas ...Pasar Atas yang asal telah terbakar jadi peniaga ramai yang berniaga dari dalam kereta dan di kaki lima sahaja.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Masih cerah.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sulam dan Bukit Tinggi berpisah tiada.

Kami di sini sampai ke malam .
Membeli serba sikit sebelum sehari lagi  berada di Bukit Tinggi.

Bila malam , Jam Gadang bertukar warna ............cantik.
Sekejap biru, merah , ungu ...lalala.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Jika ke Bukit Tinggi wajib ke sini , melihat Jam Gadang .
Mercu tanda di Tanah Minang.



Post a Comment