13 December 2018

Hadyai lagi 2018


Assalamualaikum.

Cuti hujung tahun ini kami ke Hadyai lagi.
Entah ke berapa kali , sebab diajak oleh kawan dengan alasan tukang tunjuk jalan.

Kami ke sana berkereta melalui Bukit Kayu Hitam terus ke Hadyai.
Sambil bawa anak isteri bercuti, kaum bapa ini ada agenda menambah aksesori kereta  di sana. Itu terapi jiwa bagi kaum lelaki.

Bangunan Imigresen Thailand dan Malaysia berwajah baru. 

Seperti biasa kami singgah membeli insuran kereta di pekan Changloon dan menukar duit Baht pun di situ. Banyak kedai kelihatan menjual insuran sepanjang jalan .Pilih nak yang mana satu. Tapi bagi tukaran wang pula kena rajin masuk bertanya , ada yang tinggi ada yang rendah untuk nilai wang kita.

Kali ini harga insuran sudah naik maaa....rm26 berbanding tahun  sebelum ini. Dulu boleh dapat rm16 sahaja.

Untuk insuran kereta perlu bawa geran kereta .Salinan geran pun boleh.
Bersama pasport untuk isi declaration form  warna putih. Semua depa tulis.

Bahagian Malaysia , just hulurkan pasport melalui kereta, penumpang tak payah keluar .Manakala imigresen Thailand perlu keluar sendiri termasuk penumpang. Dan....dia minta rm 6 untuk kami 5  sekeluarga.

Sehari sebelum hampir 6 jam terpaksa menunggu giliran nak masuk sempadan. Maklumlah hari minggu sama. Kami masuk hari Isnin , tapi hampir sejam juga menunggu giliran cop pasport.

Pintu masuk Bukit Kayu Hitam yang berwajah baru.

Danok yang lenggang.

Bas Thailand memang menarik .

Cari susu pisang di 7 E.
Sedap!

Jamu mata di dalam Lee Garden Hotel.
Ini pengalaman pertama saya window shopping  di Lee Garden Hotel walau pun beberapa kali masuk Hadyai dan lalu lalng di depan hotel ini.
Masuk diperiksa seperti nak naik kapal terbang.

Menarik cara hiasan  di sini. Ada kasut , kain baju , barang kraf , beg , tempat makan dan surau pun ada disediakan.

Kasut yang sama jenis lebih murah di sini daripada harga di Nora Plaza.
Tapi lagi murah di Pasar KimYong .
Lain kali dah tahu temapt mana nak beli sepatu kerja.

Ada banyak kios jualan.
Blaus pun tak mahal  dalam 200 baht sehelai.


Idea Market.

Ais krim kelapa 50 bath

Turun dari Lee Garden singgah beli buah potong dan ais krim kelapa.
Beli depan hotel ja...oh ya, kami menginap di Grand Plaza Hotel. 
Hotel yang strategik . 

Buah potong.
Beli mempelam 3 bungkus 100 baht.

Pulut mangga.

Pun 3 bungkus 100 baht.
Kalau beli satu 40 baht.
Mana nak jumpa harga macam ni.
Biasa pulut mangga dan pulut ayam 60 baht.

Kakak ni jual di depan hotel kami setiap pagi.

Masa nak balik Malaysia saya  beli  bawa balik .Mujur tak basi.

Alhamdullillah.

No comments:

Post a Comment