16 February 2020

Kek Pak Tam Viral Cameron Highland




Assalamualaikum.

Sabtu lepas kami ke Cameron Highland.
Selepas melawat anak di UTP kami langsung ke bukit tinggi CH.



Kali ni dapat beli kek Pak Tam yang sedap .
Walau pun , masa membeli kek tu saya tak tahu pun tentang kek Pak  Tam yang diviralkan.

Kebetulan malam tu kami makan malam di Brinchang Cafe .
Kek Pak Tam pula di bahagian luar kedai  yang kami makan malam  tu

Masa makan , nampak orang ramai beratur  membeli sesuatu di luar kedai.

Orang yang  duduk berhampiran meja kami pun turun beli. . Nampak 4 bekas dalam plastik.
Pandangan mata tak dapat meneka lagi apa isi di dalamnya.

 Sebenarnya kami masuk laluan lain...itu yang tak tahu apa yang dijual di tangga hadapan Brinchang Cafe ni.

Terletak di hadapan tangga  Brincang Cafe.
Beratur nak membeli.

Masa kami membeli orang dah tak ramai. 
Taklah menunggu lama.

Deretan kek yang semua nampak sedap.

Gebu dan tak rugi lah membeli.

Kami beli blueberry cheese dan cheese Jepun

Manggo 

Sedap.

Puas hati .

Diletakkan dalam bekas begini.


 Satu bekas rm13, beli 2 dapat rm25   , dikurangkan RM1.
Tapi rasa menyesal tak beli lebih...padahal banyak je pilihan.

Serius sedap, kalau ke Cameron lagi ini lah yang nak cari dulu.


Dah balik baru tahu inilah kek Pak Tam yang diviralkan.

Semua gambar dari fb Pak Tam  jer.... tak ada gambar dari kamera sendiri.


Tapi memang sedap dan gebu kek Pak Tam.
Speciality dalam kek keju .




1 comment: