23 February 2020

MIANG kHAM


Assalamualaikum.

Hari ini layan Miang Kham  daun kaduk dan kekawannya.
 Makanan  dari Thailand.

Kali pertama saya mencuba Miang kham yang di beli di Padang Besar.
1 set cuma rm 4 sahaja.
Kalau borong 3 set dapatlah rm10.

Tapi , untuk kali pertama saya hanya membeli  1 set dululah .
Takut tak boleh pergi...kan rugi pula.
Membazir jer nanti.


Tapi...sedap .
Ada rasa masam  , manis, pedas bersatu di dalam mulut.
Kena pula dengan sos hitam yang manis 
Memang layannnnlah.
Kena pada selera.
Taklah teruk sangat.
Boleh je lalu di anak tekak.



Sejak hari itu, saya teringin la nak makan lagi.
Tapi  susah nak dapat pula.
Maklumlah makanan orang Siam.




Set ini  ada :
Daun kaduk
Kacang goreng
Halia
Bawang 
Limau kasturi
Udang kering
Kelapa goreng
Cili padi
Sos hitam yang manis

Semua bahan dipotong halus kecuali kacang goreng dalam saiz asal.




Cara nak makan kita kena 
campur semua dalam daun kaduk.


Last sekali sira dengan sos hitam yang manis .
Lipat daun sumbat masuk mulut.

Sekali macam nampak  orang makan sireh...tapi ini versi lain.

Saya sukaa...kombinasi rasa manis ,  masam,  pedas  bersatu di dalam mulut.


Akhirnya dapatlah miang kham yang dihajati.

Adinda ku yang tolong beli di pameran usahawan di Gopeng Sabtu 22 Mac lalu.


Terlerailah kempunan kakaknya ini.

Terima kasih adinda ku.





No comments:

Post a Comment