10 March 2020

PROKID USTAZ EBIT LEW

Gambar kenangan  7 Mac 2020 di USM Nibong Tebal.


Asssalamualaikum .

Sekarang Ustaz Ebit Lew tengah buat program Prokid ke seluruh negara mengikut tarikh  yang ditetapkan mengikut lokasi.

Hujung minggu lepas daftarlah Shauqi si bungsu untuk joint.
Kami daftar berenam dengan anak-anak kawan-kawan yang lain dengan sebab nak harga murah sikit.
Dapatlah RM 96 bila daftar  beramai-ramai tu.
Harga untuk seorang ialah RM 149.00 jika pendaftaran dibuat secara individu tapi kalau lebih dari pada lima orang daftar serentak bayaran  akan menjadi RM 96 sahaja.


 Sesi  di USM ini dibuat dalam 2 bilik kuliah  sebab ramaaaai  sangat.
Dibahagikan mengikut sekolah menengah dan rendah.
Setiap dewan penuhhhhhh dengan anak-anak.
Dewan 1 dikhaskan untuk murid sekolah  rendah dan Dewan 3 untuk murid sekolah menengah. Kedua dewan adalah bersebelahan.
Kedua-dua dewan adalah penuhhhhhhhhhhhhh.



Hari kejadian ,  ibu bapa dibenarkan masuk berjumpa anak-anak sambil Ustaz Ebir Lew memberi ceramah dan berdoa. Beliau meminta semua menadah tangan dan aminkan doa tersebut.

Penuhhh.
Masa ini mak bapa dah mula masuk mencari anak masing-masing.
Kalau biarkan anak-anak keluar sendiri lepas habis program memang susah nak jumpa dengan parents la jawabnya.
Sedangkan dah masuk dewan ni pun terpingga-pinga juga cari anak .


Nasiblah ada si Farel , anak kawan yang daftar sekali tunjukkan kat mana Shauqi.
Ehhh... tak nangis budak ni. 
Kebal betul.


3 serangkai ...dengan anak-anak yang berdaftar sekali.
Ikram dan Muryid ( sepupu),

Dapatlah beg biru sorang satu...dalam tu berisi dengan sijil , buku dari Ustaz Ebit ,  air mineral dan roti.



Last sekali peserta diberi peluang bergambar kenangan dengan Ustaz Ebit.
Kebetulan tempat duduk dah dekat dengan pentas utama jadi moh la bergambar.
Shauqi kata bukan nak jumpa dah kan dengan Ustaz.
Jadi jom la kita bergambar dulu.

Dalam 30 minit juga baru sampai giliran.
Dalam hati berkira-kira nak teruskan ke nak keluar ni.....ramai juga mak ayah yang excited nak bergambar juga tu.
Dengan anak-anak kecil yang berhimpit menunggu giliran .
Menangis semua ada tapi nak bergambar kenangan sabar juga mak-mak menunggu .

Bebudak ni salam dengan Ustaz Ebit ...kata Shauqi lembutnya tangan dia.

Jangan tak tahu didepan tu penuh dengan orang yang menunggu giliran.
Ada crew -crew  yang  beratur dalam 10 -12 orang juga menjaga seperti pagar supaya orang ramai tak menyerbu. 
Masuk dari kiri keluar ke kanan , one way.


Semoga dapatlah sikit ilmu dan aura Ustaz Ebit Lew kepada anak-anak ini.
Seorang yang pengasih dan penyayang kepada isteri dan ibunya .
Aminnnnnnnn.

Mak dan Shauqi.




Prokid  Ustaz Ebit Lew  @  7 Mac 2020 di USM Nibong Tebal.

No comments:

Post a Comment