Assalamualaikum .
Sesungguhnya kerja haji sangat sukar dilupakan . Ia akan datang ...datang lagi sehingga kita mati.
Sangat manis untuk dikenang ...segalanya.
Gambar di atas adalah rakan sebilik di Mekah ( berlima ) dan Madinah (berempat ) . Tiba di Hotel Movenpick Madinah seorang rakan bilik kami Kak Mariam diletakkan di dalam bilik lain berlima dengan geng baru yang sudah tentu biliknya lebih besar dari bilik kami berempat.
Tapi beliau masih mencari kami untuk ke masjid , makan atau apa apa aktiviti sebelum kami bertolak balik ke tanah air.
Di Mekah , kami ahli jemaah muasasah diberi pek makanan setiap sorang dengan buah dan air mineral setiap seorang . Kami selalunya makan bersama diluar bilik bersama suami . Kadang bertiga kelamin , kadang berdua kelamin .
Sambil kongsi makanan yang dibawa dari Malaysia . Ada kuah pecal Wak bawa (sampai tak habis punya banyak) , serunding daging . Semua berkongsi makan. rasa sangat rapat antara kami.
Syukur dapat rakan sebilik yang baik-baik.
Alhamdullillah, inilah sahabat yang bersama dalam musim haji dari mula hingga akhirnya.
Kami boleh bertolak ansur macam adik kakak .Makan sekali , berumrah sekali (dengan suami masing-masing) sewa van naik 10 orang untuk berniat umrah di Tanaim.
Kebetulan ada ustaz dan ustazah suami isteri dalam bilik kami , jadi semua kerja jadi mudah.
Ustaz yang tukang cakap Arab untuk sewa van.
Allah dah letakkan cantik sangat , semua lebih kurang sebaya tapi kami berempat menjaga seorang makcik (dalam gambar kanan sekali ) dalam group kami ni. Kami panggil Wak dari Sungai Besar. Walau pun lebih tua dari kami berempat tapi kuat bertenaga.
Rajin mengaji orangnya.
Bergambar di lapangan terbang Jeddah sebelum berangkat pulang.
Dari kiri Wak, Ustazah Siah , Kak Yam , Kak Hasiah dan saya yang berjubah merah. Jubah pun beli design yang sama dengan rakan sebilik.
Pesanan saya, setelah mendapat berita nama kita dipanggil untuk panggilan haji buatlah sunat hajat mohon diberi kesihatan yang baik untuk beramal ibadat di sana, mohon juga mendapat kawan sebilik yang boleh bekerjasama , bertolak ansur dan berkasih sayang sesama ahli bilik.
Mohon mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah.
Buat juga solat Taubat sebelum berangkat.
Semoga semua dosa kita diampunkan.
Bukan sahaja nak pergi haji , nak umrah pun perlu solat hajat dan Taubat sebelum terbang ke sana.
Bukan senang untuk dipanggil mengerjakan haji sekarang ni tambahan pula tiada lagi panggilan kedua atau seterusnya setelah pulang memandangkan masih ramai yang masih menunggu panggilan. Kalau boleh tentu kita nak yang terbaik masa kita berada di sana.
Haji sekali seumur hidup , atau pergi melalaui negara lain?
Haji sekali seumur hidup , atau pergi melalaui negara lain?
Rindu kakak-kakak semua , kawan sebilik yang makan sekali , berkongsi makanan , berkongsi jarum menjahit ( bawa juga ) untuk jahit jubah-jubah yang labuh.
Semoga semua sihat dan bahagia di samping keluarga .
In sya Allah suatu hari nanti jika ada umur boleh berjumpa lagi.
Alhamdullillah.
Alhamdullillah.
SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDeleteTq singgah acu
DeleteSentiasa dlm ingatan..sekrg ni semakin susah nk buat haji ikut muasasah TH..kalau ada duit, boleh ikut travel ejen atau pakej TH..
ReplyDeleteBetul tu..itu pun akak daftar haji 2008. Baru di panggil 2018. Selalu berdoa supaya dpt panggilan haji dan buat juga rayuan ke TH
Deleteselamat hari raya
ReplyDeleterindunya nak ke sana lagi
seronok jer
rasa tenang dan gembira
Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin. Belum ada rezeki lagi nak sampai ke sini.
ReplyDeletefaham perasaan bahagia menunaikan haji tu.. mmg satu perngalaman xkan dapat dilupakan. mak saya pun x habis2 lagi cerita dia buat haji tahun lepas. sentiasa sengih je kalo cerita. saya belum lagi sampai rezekinya. mudah2an ada rezeki menjadi tetamuNya =)
ReplyDeletekhabarnya thn ni cuma 1000 org je boleh tunaikan haji tp mmg tak ada laa jemaah dari malaysia...
ReplyDelete