25 August 2024

Petanque 2024

 Assalamualaikum.


Ikhwan Shauqi si bungsu mak abah.

Minggu lepas mewakili pasukan Petanque asrama bertanding peringkat  sekolah sekolah Larut Matang dan Selama.

Lokasi pertandingan ialah di SMK Dato Hj Hussein ,  Selama , Perak.

Mak terasa bangga  tapi  sedih sebab semasa abah ada , sukan inilah yang menjadi kegemaran  abah sehingga membawa  ke merata Malaysia bertanding membawa nama pasukannya.

Kita pun menumpang tuah dapat jalan-jalan hingga ke Sabah dan Sarawak meneman abah bertanding.
Kalau abah ada , tentu abah bangga dengan anaknya  yang mengikut jejak.


Bertolak dari Taiping dengan bas sekolah .
Pelbagai acara  dipertandingan pada hari tersebut.
Ada permainan sepak raga , dan badminton dipertandingan sekali pada hari tersebut.

Pasukan Petanque Asrama SMKDB Taiping.

Sedang beraksi.


Beraksi



Menang tempat kedua.
Tahniah!!

Abah (kiri ) dan partnernya Cikgu Azlan.
Semoga tenang  suamiku di sana .
Mak is toucing .

Petanque membawa kami ke Sarawak (2019).
Di belakang ialah Gunung Santubung.

2019 di Sarawak , ikut abah main petanque .
Masa ini umur Shauqi berapa tahun ehh?



Mak simpan sini sebagai kenangan.




5 comments:

  1. semoga sukses hingga dapat wakil Malaysia..

    ReplyDelete
  2. moga terus berjaya. tahniah anak. meneruskan perjuangan sukan si ayah

    ReplyDelete
  3. wahhh hebat👍👍👍mewarisi kehebatan arwah abahnya...
    all the best syafiq!

    ReplyDelete