02 December 2011
BUAH SALAK
Salak di Jogjakarta. Siap diisi dengan bakul mengkuang. Cantik . Saya buat letak bawang merah di dapur.
Saya memang pengemar buah salak. Kalau dapat sekilo sekali hadap boleh habis. Tambah pula buah salak dari seberang. Buah yang manis sangat saya gemar.
Mula-mula saya jatuh hati dengan salak bila saya berulang alik dari Maktab nak balik ke rumah di hujung minggu. Masa di perhentian bas , ada gerai buah-buahan. Dalam banyak-banyak buah, buah salak juga yang saya beli.
Selepas tu kalau jumpa buah salak memang tak tinggal. Mesti beli. Sampai sekarang dah berjangkit kat anak-anak.
Salak Sabah pun sedap juga. Tambahan kalau dari Kundasang. Murah , dalam harga RM 4 sekilo.
Walau pun berat beli sampai 2,3 kilo.
Dari Google.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebuah salah jogja mmg sedap & manis. Dah 2 kali pegi mesti nak beli buah salak sana
ReplyDeleteTQ singgah.nanti akak follow balik
ReplyDelete