Masih guru kelas Tahun 1 KSSR bagi tahun ini. Tapi jangan terkejut murid setakat hari pertama hanya berdaftar seramai 6 orang saja. 2 murid lelaki dan 4 murid perempuan.
Tahun 1 di sekolah sekitar sini sampai sesak kelas tapi di RTBK kurang murid pula. Faktor utama di sini ialah di Tanah Rancangan ini generasi kurang proaktif . Yang tinggal dah berusia . Kalau ada pun cucu -cucu saja yang ke sekolah. Anak-anak dah habis belajar .
Meh tengok Shauqi nak ajar masak-masak pula. Seronoklah budak ni bila jumpa dapur mainan yang sama besar dengan saiz badannya. Main tak henggat.
Masa ini kami singgah di rumah sepupu mak - Acik Azimah di Bukit Makkota , Nilai semasa perjalanan balik dari Melaka hari tu.Masa orang memasak di dapur Shauqi sibuk memasak di ruang tamu. Kami makan tengahari ni di sini.
Acik Azimah dan suami serta my mak.
Walau pun sepupu tetapi hubungan mereka sangat rapat. Sebab kata my mak , masa kecil-kecil dulu selalu berkumpul ramai-ramai bila tiba musim cuti sekolah di rumah nenek mereka.
selamat bertugas ye cikgu
ReplyDeletehehe
wah hero tu nak jadi masterchef kot
Irfa: semangat baru katakan.
ReplyDeleteselamat bertugas cikgu, anak cik ina darjah satu tahun ni : )
ReplyDeletewajah mak nieda masa muda mesti cutekan, sekarang ni pun cute lagi : )
selamat kembali membizikan diri kak! hehe..
ReplyDelete