Alamak ! Kek terjongket sikit.
Wah, wah ! hari kedua dah tayang kek karemel pula. Sebenarnya nak buat kek ini dah lama. Susu cair beli dah dekat sebulan. Susu cair ini kira benda penting juga. Kalau tak ada susu cair , tak ada karemelnya..
Projek bertangguh ni , bukan sebab apa. Takut tak jadi. Hari tu dah buat sekali , kek tak naik. Rupa-rupanya putih telur tak cukup kembang. Cara nak buat juga banyak sangat nak ikut. Kalau tak baca betul-betul boleh tersilap step dia. Itu yang buat pening sikit.
Kek ini juga cerewet. Tak boleh kena air dan dan putih telur pun jangan ada termasuk kuning telur walaupun sedikit nanti tak kembang.
Nasib baik ada pembantu di dapur , Alia yang tolong buat meringue sampai kembang.
Saya juga merujuk banyak resepi supaya lebih faham tentang step-stepnya. Sebenarnya masa memula makan kek ini tiada warna di bahagian bawahnya. Warna asli. Sejak kebelakangan ini sahaja ramai yang letak warna. Tapi tak apa , nampak lebih cantik dan berseri dengan warna warni berselang seli.
Alahai nampak semua kat belakang tu..huhhu
Namun kek ini kena dibaiki dari segi teksturnya. Setakat nak makan sendiri dah lulus...hihi.
Kak Zai belum pernah buat kek karemel lagi.
ReplyDeleteSelamat tahun baru.
HNY nieda!
ReplyDeletecomelnya kek... akk ni cuma pro buat kek coklat je coz kek tu je yg slalu dminta famili
saya sukan kek karamel ni sebab kat kafe ada jual..renyah yer nak buat...ingatkan senang!!
ReplyDeletetakpe...cuba berkali2 lepas ni mesti akan dapat hasil yg ok...
cantiknye kek. ade kaler biru!
ReplyDeletekek keramel ni ada dalam whishlist 2012, tunggu mode rajin come back : )cantik kek ko tu, mesti sedapkan : )
ReplyDelete