Resepi roti banyak , bila jumpa je resepi roti ambil salin dan simpan masuk buku resepi. Akhirnya bila banyak sangat tak tahu resepi yang mana satu yang dok buat selalu.
Resepi Roti Garlic ini saya nak simpan kat sini , nanti senang cari balik.
Sumber resepi : Rosmarlina @ jintanmanis.com
Roti Garlic
350 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sb gula
2 sudu margerin (saya letak shortening)
3 sb water roux
1 sudu teh esen vanilla
1 bj telur (dikocok dan tinggakkan sedikit untuk glis pada roti)
2 sb yis
1 sb madu
180 ml susu suam /air suam
2 sb susu tepung
Caranya-caranya
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16 ke 18 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit.
4. Sedia untuk menggulung, lihat gambar no.1 , kemudian gambar no.2, ambil satu doh dan lipat dua, kemudian runcingkan bahagian hujung seperti gambar no.3, selepas itu, terap memanjang doh tadi, pastikan tinggal sedikit bahagian pangkalnye, cara terap dan gambar doh boleh rujuk gambar no.4 dan no.5, akhir sekali gulung perlahan dari arah atas sampai hujung dan anda akan dapat rolls yang cantik gulungannye seperti gambar no.6 dan no.7. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan butter rolls naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam ke 40 minit.

5. Setelah butter rolls naik dua kali ganda, gliss, pemukaannya dengan bancuhan telur dan susu serta madu tadi, dan bakar pada suhu 180darjah selama 18 ke 20 minit ataupun sehigga permukaan butter rolls perang, setelah masak, angkat dan susun butter rolls di atas redai untuk disejukkan, simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannye, Selamat Mencuba.
assalam nieda..acik memang suka roti garlic..selalu beli..acik tak pernah meroti..tu yang tak berani nak buat walaupun ada resepi
ReplyDeleteTapi nampak macam elok je roti tu...
ReplyDeletegarlic bread..mmg sedap di makan cicah mushroom soup ;)
ReplyDeletealahai rajin & pandai akak ni..sy roti sume beli..huhu..x memandai la..
ReplyDeletesangat suka makan roti ni... buat memang tak reti..
ReplyDeletenampak jadi je kak, yus tak pandai buat roti...huhu
ReplyDeletealamak, nape entah nampak 3 je gambar, x nmpk pun sampai 7 gmbr mcm dlm resepi tu. BTW, roti garlic mmg sedap kan kalau makan masa panas2 suam... nom nom nom....
ReplyDeletemmg cantik rupanya ni...
ReplyDelete