Petang tadi kami ke Ipoh untuk membayar deposit kepada tuan punya syarikat pelancongan ke Vietnam nanti. Jumpa kat Jaya Jusco. Fulamak, punyalah ramai . Nak parking pun penuh sampai kat gigi jalan. Dua kali pusing tak ada tempat kosong kami pun naik atas parking kat bumbung. ...boleh ke bumbung?
En. Razak memang orang Vietnam(Melayu Champa Islam) yang telah berkahwin dengan orang Teluk Intan. Mereka suami isteri graduan dari UIA. Mungkin jodoh mereka berjumpa masa belajar di sini kut.
Dia datang bersama dengan isteri dan anaknya.Sekarang mengusahakan agensi pelancongan .
Sementara bos-bos berbincang, akak sempatlah bersembang dengan isterinya. Banyak juga tips yang diberitahu jika bershopping di sana nanti.
Perjalanan ke Vietnam ni lebih kepada memenuhi permintaan kawan-kawan. Mereka yang menyertai rombongan ini pun adalah orang yang sama melancung ke Jakarta / Bandung/ Bogor dan Puncak dulu. Mereka inilah yang meminta trip ke Vietnam pula .
Tip-tip membeli belah di sana (seperti yang diceritakan oleh isteri En. Razak). Nama pun tak sempat tanya bila syok bergebang nak gi Vietnam.....hihih.
1. Tawar harga mesti dari separuh.
Peniaga di sana memang suka pelancung dari Malaysia , sebabnya orang Melayu suka tawar sikit-sikit. Contohnya , kalau dia kata 80 dong orang kita akan sebut harga 70 dong. Padahal berapa banyak dah untung yang dia dapat.
2. Pertukaran mata wang .
Tukar matawang dollar di Malaysia dulu. Kemudian sampai di sana tukar mata wang dong pula. Jangan guna dollar atau RM -rugi.
3.Jika nak membeli banyak( kain cotton/ telekung) pergi ke tempat jualan borong. Lebih menguntungkan.
4.Berhati-hati jika ikut pemandu pelancong dari sana (bukan Islam) mereka kurang arif bab makan halal kita.Pernah terjadi pelancong Malaysia diberi makan popia inti daging b**i.
5. Jika ke Vietnam jangan lupa beli kopi dari sana tapi pasti tanda halalnya.Nanti terkena yang goreng biji kopi dengan minyak tu pula.kehidupan di sana
6. Ben Thant
Tempat tumpuan pelancung harga barang tentulah mahal kat sini. Berhati-hati.
Isterinya juga memberi tahu kos hidup di sana sangat tinggi jadi mereka balik ke Malaysia .Tiada yang percuma macam kita dapat di sini. Nak beli kereta motor cash, duit hospital segalanya. Nak belajar apatah lagi semua bayar sendiri.
Beruntung kita hidup di bumi Malaysia. Bayar ubat RM 1 di hospital awam. Mana nak cari?
Itu antara yang kami sembang. Kut- kut ada yang nak ke sana nanti boleh jadi pedoman.
Pertama kali suami akak jumpa En Razak ni masa first time dia ke Vietnam .Terjumpa secara kebetulan. Dia tak ada kerja tetap lagi masa tu. Isteri masih di Malaysia dia di sana.Dia bergerak sendiri tak ada pekerja dan kedai lagi.
Tahu tak dia ambil berapa sebagai upah jadi tour guide masa tu?. RM 20 saja. Jangan tak percaya. Masa tu suami akak pergi dalam 4 orang kawannya .Tapi sekarang bayaran tentulah tinggi berbanding dulu. Maklumlah nak bayar pekerja syarikatnya di Vietnam dan Malaysia ni.
Vietnam oh vietnam!
Vietnam pulak ye akak :-)
ReplyDeleteRancak berjalan..bestnyaa...
assalam nieda..nak ada panduan buat nieda ber shopping nanti
ReplyDeleteboleh bagi details company en razak tu? nak plan gi sana in december
ReplyDeleteKalau berminat boleh ke Totatrans.com
DeleteKak nieda....
ReplyDeleteSy pegi sehari tu x puas sungguh,masa suntuk
Mklumlh ikut org kaki bisnes,mmg dah niat nak pegi sekali lagi :-)
Itulah baca cerita irfa ke vietnam mcm tak caya sj.
Deletetengs utk info2 ni kak...sgt2 berguna...
ReplyDeletetelekung sulam timbul pun baru rm35 ..kat sini mahal kan!!!
ReplyDeletesinggah follow sini... jom tukar citer
ReplyDeleteAmboi makan angin. Thanks for sharing that tips. Memang ramai orang Malaysia pi sana. Bila tengok depa dok memborong baju and telekung, teringin gak nak pi sana
ReplyDeleteHi, i nak pegi vietnam on 17 ni. So i blogwalking to do a lil bit of research sebab i pegi sendiri with my mom without agent help. i nak tnya, kenapa kena tukar dollar dulu kat sini? and sampai sana baru tukar dong? Kalau terus tukar dong kat Malaysia i ada rugi apa2 ke? thank you very much if u could answer me. Anyway, thanx for ur tips! Sangat berguna untuk trip i nanti, In shaa allah :)
ReplyDeleteAssalammualaikum, saya memang berniat nak ke vietnam awal tahun depan... ble x akk bg detail pasal company encik razak nie....
ReplyDeleteassalamualaikum...nak sangat berhubung dgn En.Razak, boleh sertakan no.contac dan alamat syarikatnya.
ReplyDelete