10 January 2013

HCMC - Baju kurung dan pasar malam Vietnam

Sebenarnya ada lagi cerita di HCMC yang masih berbaki. Namun kekangan masa membuatkan sambungan entry itu terbantut begitu saja.

Bercerita tentang shopping di Vietnam. Banyak kedai menjual  baju kurung siap.Siap jahit dengan labuci lagi. Bukan labuci sikit-sikit , penuh kat dada  atau bawah baju dan tangan  .  Kalau kat Malaysia upah jahit labuci pun dah berapa ringgit? Di sana kita boleh dapat semua sekali bawah RM 50 sahaja. Mana kita tak rambang mata.

Majoriti kedai ada menjual baju kurung dan  telekung termasuk di pasar malam juga. Namun blaus wanita kurang menjadi minat saya berbanding di Bandung atau Jakarta. Fesyen di sana lebih menarik untuk muslimah. Lagi pun harganya jauh lebih murah.


Kedai kain Hajah Basiroh di bahagian atas kedai.

Semasa di sana , kami dibawa ke kedai Hajah Basiroh . Kedai yang sempit tapi penuh dengan kain baju  dan telekung. Rata -rata bangunan di sana kurus dan tinggi.

Kedai kain Hajah Basiroh ini  2 tingkat. Masa kami sampai  ada juga pembeli dari Malaysia yang sedang memilih kain telekung.

Sempoinya toke kedai hanya duduk bersila menunggu pelanggan membuat bayaran.
Anak-anak saja yang melayan kami . Telekung di sini boleh dibeli dari harga RM 30 hingga RM 90. Selesalah pakai  telekung Vietnam. Sejuk kainnya. Manakala dibelakang hajah ,  ibunya sakit terbaring di atas katil  tapi ada sorang  yang menjaganya.


Ini sahabat saya  Zatul.
 Di  sebelahnya  bertudung pink orang Taiping yang secara kebetulan bertemu
 di pasar malam Vietnam. Datang beli barang niaga.

Tengoklah di belakang mereka , penuh dengan  baju kurung , jubah dan tudung-tudung. Tudung Fareeda pun ada dijual di sana. Tudung Half moon dengan manik-manik bersilau pun ada. Yang penting murah , malah jauh lebih murah dari harga di sini.

 Penuh dengan beg. Pelbagai fesyen dan warna.


Ini Cikgu Ana, kawan saya.
Apa ke benda tah?Tapi cantik sangat. Tanglung kah itu Ana ?


Dari kamera Ana juga . Saya tumpang cedok juga .
Terima kasih daun keladi......nanti-nanti nak lagi.


Pilih, pilih  di gerai alas meja.


Segala jenis siput  semua ada. Tinggal nak sedut je.
Anda berani?


Siput, kerang dan ketam.


Barang kraf


Kraf Vietnam.

Kenapalah tak beli satu buat kenangan benda-benda comel ini.
Bila tengok gambar ini teringin pula kotak hiasan tu.

Haishhhh.

Kredit gambar untuk  Ana dan Zatul.







19 comments:

  1. Khas untuk Dr Singa yang bertanya .
    TQ Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 50 je..?!
      murah gila tu!!!

      patut lah sampai ada trip khas untuk para pemborong Malaysia ke HCMC!!

      Delete
    2. memang betul. Satu kapal terbang bawa org msia je tau.Pasar mlm pun asyik berlaga dgn org melayu msia.

      Delete
  2. kt sini org panggil pasar malam malaysia..sbbnyer ramai org mesia..hehe
    nens beli kotak letak jewellery ms kesini dulu..best sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaaaaaa tak beli. sekarang baru teringin.

      Delete
  3. assalam nieda..nape tak beli baju kurung siap tu 10 pasang ke..balik jual..mesti ramai yang nak beli

    ReplyDelete
  4. kak nieda..
    saya beli 3pasang je baju kurung siap labuci penuh tu
    kain jenis cotton..malas nak pakai sbb labucinya tu sayang nak masuk mesin basuh
    nak basuh tangan sgt malas
    kalau saya pegi lagi nak borong kain cotton yg lawa2 tu
    sgt murah berbanding sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita nak pergi lagi Irfa? hehehehh

      Delete
    2. KAK NIEDA..
      adik pompuan saya baru je pegi ahad lepas
      pegi balik hari..teman member borong telekong katanya
      saya x dapat la nak ikot..poket bocor ;)

      Delete
  5. Hi Nieda. Salam kenal. Kc dah dua kali pegi Vietnam tapi masih dok angau lagi. Kc suka cotton vietnam tu dik. fullamakkk .. baca entry ni tetiba rasa nak gi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak cik..
      AA ada buat tambang murah tu

      Delete
  6. Salam...
    Kos untuk pergi kesana berapa yer?
    Teringin jugak nak pergi lah...

    ReplyDelete
  7. salam kenal dri saya. skrg ni ramai peniaga mencari brg/pakaian di HCMC Vietnam dan China. Bandung sudah tidak mjdi destinasi utama

    ReplyDelete
  8. salam..saya baru nak cuba pergi sendiri ke vietnam..tapi tak tau mcm mana nak pos barang balik ke malaysia.. ini kiranya beli utk niaga le...mintak panduan...terima kasihh

    ReplyDelete

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  10. salam.nk tanya kedai kain HJ Basirah ni kat mana yer?nk tahu tempatnya,nk pergi la...sy berniaga,tp x tahu kat mana yg boleh kita borong murah.

    ReplyDelete
  11. salam.nk tanya kedai kain HJ Basirah ni kat mana yer?nk tahu tempatnya,nk pergi la...sy berniaga,tp x tahu kat mana yg boleh kita borong murah.

    ReplyDelete
  12. Salam..nk tanya, pergi vietnam ni ikut travel agent or pergi sendiri? Brape kos utk pergi sana? Sy berminat nk berniaga secara kecil kecilan..mohon bantu..tq

    ReplyDelete